Tuesday, December 29, 2009

Panduan Tahun Baru

Bismillah..
Tahun baru masihi bakal menjelang..tanpa prejudis apa-apa kita boleh menjadikan penghujung 09 ini sebagai sempadan untuk menyelongkar segala kesilapan lalu dan merangka peta kejayaan untuk menempuh 2010.
Bersiap dengan seluruh jiwa raga untuk menerima perubahan dan pencapaian terbaik dalam hidup kita.Jangan hanya pasrah dengan yang sedia ada,tapi biar ada rasa "tidak cukup dan tidak puas"terutama dalam hal pencapaian ibadah mahupun perjuangan kita ini.
Setiap orang mesti menetapkan target dan paras kejayaan supaya akan ada perancangan ke arah itu.Jangan diambil kira perkara "Koteh-koteh" kerana di mata pejuang hanya nampak destinasi kejayaan"
Setiap yang ingin pergi lebih jauh mesti sentiasa menambah input dalam diri..(ilmu,akhlak dan ubudiah pada Allah).
Sentiasa bersama teman agar diri tidak terseleweng.

Sunday, December 20, 2009

Kemana hala pergi kita?

Bismillah...
Sudah lihat @ teliti insentif Taawun 2010 HPA?rasanya tiada yang miss menghayati pulangan-pulangan yang lumayan yang disediakan oleh pihak syarikat..
Sebenarnya insentif yang ditawarkan bukanlah suatu kewajipan pihak syarikat,tapi ianya merupakan inisiatif syarikat untuk merai kesungguhan pengedar dan sebagai suatu cabaran buat semua untuk saling mempunyai semangat perlumbaan..
Cumanya bagi penggerak yang melabelkan diri sebagai pejuang Islam (melalui wadah perniagaan) ada satu lagi insentif yang mereka tunggu iaitu "insentif rabbani"Perhatikan maksud Hadis Baginda ini"Orang yang menunjukkan jalan kebaikan kepada orang lain mendapat pahala persis pahala orang yang menurutnya"dan kita yakin"Insentif akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
Para hartawan di kalangan sahabat dahulu juga mempunyai target dalam keusahawanan mereka,nak untung,nak berjaya dan lain-lain lagi..Tapi cuba lihat bila mana mereka berjaya,kemana perginya pulangan material yang mereka dapat kalau tidak ke poket mustadhafin dan jamaah..Dengan kewanganlah Abu Bakar guna untuk membebaskan rakannya Bilal dari belenggu perhambaan,dengan hartanyalah Uthman membeli telaga dari Yahudi dan kemudian mewaqafkannya untuk kegunaan muslimin...dan lain-lain cerita..
Ingin benar ana nak tanyakan rakan IBHAM setakat bonus yang anda telah perolehi pernahkah ia tumpah @ meleleh ke poket fuqara wal masakiin?
Marilah kita sedarkan diri bahawa ujian senang yang Allah timpakan pada kita jarang kedapatan orang yang berjaya melepasinya dengan baik..berdoalah agar kita tidak menjadi kelkatu-kelkatu yang gugur bertaburan ke lantai sedang masing-masing sebenarnya sudah melihat dan menatap gugurnya rakan-rakan yang terdahulu.

Wednesday, December 16, 2009

Peluang untuk berubah


Bismillah...
Salam Hijrah buat teman Ibham semua,pejam celik-pejam celik sampai kita ke penghujung Zulhijah (beerti kita akan meninggalkan 1431 sedikit masa lagi).
Seorang mukmin semestinya mengambil peluang ini untuk bermuhasabah dan menilai pencapaian diri,peningkatan yang berlaku sepanjang setahun yang berlalu.
Penumpuan kita bukan pada pencapaian duniawi sangat tapi yang penting pada ukhrawi dan pada kekuatan serta ketahanan spiritual.Dunia tidak perlu dirunsingkan sebab Allah dah tentu semuanya (pasti mencukupi untuk keperluan sepanjang hidup kita)tapi aspek ukhrawi Allah perintahkan agar semua bermujahadah dan berjihad..Apa yang kita pernah diberitahu bahawa bila akhirat menjadi tumpuan kita nescaya dunia akan datang melutut,tapi kalau dunia yang jadi igauan dan pujaan hati nescaya hina lah kita,akhirat akan lari..
Kenapa berlakunya hijrah Baginda dan sahabat-sahabat?kerana mereka nampak dunia?sekali-kali tidak..bahkan dunia yang sudah ada lagikan mereka tinggalkan (Baca sejarah Suhaib r.a,Abu salamah r.a dan selainnya).
Hijrah fizikal tiada lagi kini...yang ada hijrah sifat,sikap dan minda).
Perhatikan dengan jujur apa yang masih kurang untuk ditampungi,apa yang cacat untuk dibaiki.Jangan terlalu silaukan kelemahan dan kecacatan orang lain..
Semoga sinar muharram yang bakal tiba membawa seribu pengharapan kepada kita semua..Ya Allah jadikan hidup itu sebagai peluang untuk ku menambah kebaikan dan sekiranya engkau takdirkan mati bagi ku itu sebagai peluang untuk ku berehat dari segala keburukan...Amiin.

Tuesday, November 24, 2009

Renungkan bersama

Bismillah...
Salam eidil adha buat semua teman sejati HPA
Semalam baru sahaja kita berjaya melaksanakan kursus penajaan,alhamdulillah bukan sahaja berjaya menghimpunkan bakal-bakal tenaga baru bahkan sebahagian peserta menampakkan minat dan komitmen mereka untuk pergi lebih jauh dan keinginan yang tinggi untuk menempa kejayaan.
Agama Islam anutan kita sudah siap menyediakan garis panduan untuk kejayaan dan kecemerlangan.
Pertama:Budaya kerja Itqan (Teliti,tekun dan cermat)
Kedua:Mekanisma Muraqabah (Sentiasa terasa pemerhatian Allah)
Ketiga:Anasir Mujahadah (Berkorban untuk kejayaan"Sesungguhnya sebalik kesukaran ada kwmudahan"
Keempat:Konsep Al Jazaa'(Mengharapkan balasan hakiki dari Allah di akhirat nanti)
Kelima:Tawakal yang tinggi kepada Allah
Sedarlah teman semua bahawa ummah ini menanti kita di perjalanan..jangan hampakan mereka bahkan jangan tinggalkan mereka.Hiduplah untuk membantu orang lain ("Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hambanya selagi mana hamba itu sentiasa membantu saudaranya")
Sesungguhnya daging korban yang akan dibahagikan pada hari lebaran lusa hanyalah sebahagian dari sumbangan kita pada yang memerlukan tapi apakah cukup sekali setahun kita membantu mereka.

Sunday, November 1, 2009

Formula Istiqamah

Bismillah...
Sehari dua ini kita dihidangkan berita dan cerita yang banyak berkait dengan fitnah dan tuduhan melulu...meskipun ia banyak berkait dengan parti @ Jamaah Politik.Namun tanpa memandang kepada siapa yang menjadi "khitab" kita tetap menyatakan rasa kebimbangan yang tinggi kerana soal fitnah ini bukan perkara main-main kerana pernah Baginda memberi amaran .."Jangan kejutkan fitnah yang sedang tidur..."
Ada pun perjuangan kita "Harapan Paling Akhir" ini sudah terlalu mangli menerima fitnah dan tuduhan yang bertalu-talu dari pesaing-pesaing dan para Juhala'.. Betapa payahnya nak ikut jejak perjuangan Rasulullah, semua kita rasai..
Namun para mujahid/mujahidah "Hanya Pada Allah" begitu tabah melalui semua itu, ada yang pernah menangis kerna tidak tahan dengar "Tikaman-tikaman lidah beracun itu",dan tak kurang yang jatuh gugur dan menyeberangi jambatan lari dari ujian..Bukan kerana mengiakan tapi kerna tiada kekuatan.
Kekuatan kita di mana?Bagaimana nak bertahan?
Yakin + Ukhuwah + Taqarrub pada Allah, itu lah petua pejuang sebenar dan hakiki.Nampak mudah kan?Tapi berapa kerat sangat yang meyakini formula ini..
Duit dan bonus serta pangkat dan group biasa orang menganggap sebagai sumber kekuatan.Bagi ana tidak..mana mungkin fatamorgana-fatamorgana itu boleh membekalkan kekuatan dan menjanjikan istiqamah kepada perjuangan ini..secara peribadinya ana (yang sudah hampir memiliki fatamorgana itu) tidak pernah tenang dalam memilikinya tapi dengan formula tadi lah yang menjadi sebab sebenar ana masih bersama perjuangan ini.Nah! ini lah yang ana mau semua sahabat "IBHAM Group" memahami,menjiwai dan menyebarkan kepada semua rakan pejuang di bawah seliaan masing-masing..
Jangan kerna tersilau dengan cahaya fatamorgana itu kita lantas melupakan sebab kenapa kita bersama perjuangan ini..Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Mathlubi...

Friday, September 25, 2009

Taqwa bekal kita semua

Bismillah...
Ramadhan berlalu meninggalkan seribu satu kesan,kenangan dan pengalaman..Hati semakin lentur dengan syariat,terasa sangat bagaimana rahmatnya Allah dalam menjaga hambanya bahkan menyediakan pelbagai habuan untuk diraih oleh hambanya yang beriman lagi berminat.
"Taqwa" bukan sekadar perkataan mainan bibir,tapi ia suatu mekanisma dari tuhan untuk kegunaan hambanya sepanjang hidup agar dapat mencari sebanyaknya bekal ke akhirat.Bahkan ia jua sebagai alat ruhi untuk mendisiplin dan menjaga menyelesaikan masalah kehidupan hamba.
"Taqwa" adalah keperluan setiap diri,keluarga dan masyarakat,pemimpin dan orang yang kena pimpin,majikan dan pekerja,penjual dan pembeli,Leader dan Downline MLM dan termasuklah MLM(S) HPA.
Menaja kena atas dasar Taqwa
Membimbing @ Servis line kena ada Taqwa
Mempromote produk tidak lari dari garis Taqwa
Meeting mingguan kena selaras dengan sifat Taqwa
Merawat lagi lah kena berhati-hati agar tidak mencalarkan Taqwa
Pendek kata Taqwa mesti sentiasa di hadapan setiap tingkah laku kita,baru selamat jalan yang kita rentasi ini..
Kenapa Hartawan sohabi dulu terkenal hingga kini?bukan kerana kejayaan mereka menempa keuntungan berjuta sahaja tetapi kerana sepanjang profesyen mereka berjaya menjaga Taqwanya secara menyeluruh..tiada Riba,jujur,ihsan dan reti menumpahkan keuntungan kepada yang berhak, bahkan perjuangan Nabi ditunjangi oleh mereka melalui infaq harta dan jiwa raga.
Terkadang kita boleh memberi harta kita untuk perjuangan,tapi kita sendiri sekadar menjadi penonton di luar gelanggang..
Taqwa itu ukurannya ialah setakat mana keterikatan hidup kita dengan Quran,semakin tinggi Taqwa semakin mencaknai kita untuk menatap,melaksana dan memperjuangkan Al Quran.
Pejuang HPA jangan gembira dengan bonus yang lumayan,pengkat yang glamour jika hidup tidak mendampingi Al Quran dan masjid...jika tidak sia-sia sahaja latihan sepanjang Ramadhan yang kita lalui baru-baru ni..."Betapa ramai orang berpuasa..TIADA DAPAT IA DARI PUASANYA MELAINKAN LETIH DAN DAHAGA...Wal iazubillah..

Monday, September 14, 2009

GEMBIRA SETELAH HASIL

Bismillah...
Malam 25 Ramadhan berlalu sudah..ada yang berpeluang memakmurkannya dan ada yang tidak..Apa rasanya?mungkin ada yang tak terasa apa-apa..nabi mengulas sifat seorang mukmin yang sejati"....bila mana mereka berpeluang melakukan kebajikan & kebaikan.. hati mereka gembira,tapi bila tidak dapat melakukannya atau tak sengaja melakukan keburukan maka hati mereka terasa sesal lalu memohon ampun dari Allah"
Apakah di hati kita sememangnya mempunyai cita-cita atau tekad untuk mencari keredhaan ilahi @ Lailatul qadar atau oleh kerana orang lain bercakap lailatul qadar terpaksalah kita berlakon konon mencari-cari lailatul qadar macam orang lain jugak...Usah berpura-pura pada diri sendiri!!!
Kita berhak bergembira di aidilfitri nanti atas dayausaha kita sendiri yang menampakkan tanda kejayaannya,namun jika sememangnya kita sendiri sudah merasa sekarang bahawa tiada apa yang kita buat untuk meraih kejayaan dari Ramadhan ini, usah menumpang kegembiraan kita atas hasil usaha orang lain...tiada maknanya...
Buat rakan HPA yang dikasihi,
Selamat ber'iedilfitri' dengan semangat juang baru yang berjaya digarap sepanjang Ramadhan, percaya setiap orang yang berjaya anda taja (dengan niat yang jujur) adalah hadiah tuhan kepada anda yang akan menjayakan sabda junjungan "Pabila mati seorang anak adam maka terputuslah peluang pahala dari amalnya kecuali dari 3 sumber..(Pertama:Ilmu (dakwah )yang dimanafaatkan.Kedua:Sadaqah jariah. Ketiga:Anak yang soleh)..Berusahalah lagi untuk menambah aset akhirat ini..

Saturday, September 5, 2009

Pulih potensi diri

Bismillah...
Allah menganugerahkan kita kesempatan Ramadhan kali ini,mungkinkah kita akan mencapai kejayaan atau bakal kecundang lagi..masing-masing sudah dapat mengagak sebenarnya berdasarkan prestasi awalan ramadhan kali ini,kalau masih tak boleh bangkit untuk qiam,tak boleh control selera ketika berbuka,tak melipatgandakan qiraat quran rasanya payah sikit...
Ramai orang tidak mampu bertahan untuk tarawih hingga 20 rakaat.(alasan mereka kononnya nabi tak buat lebih dari itu) tapi..kenapa tinggalkan witir?sedang nabi tak pernah tinggal witir..apa mungkin sebab sebenarnya adalah kerana mereka tak mampu mengharungi @ tak sedia memujahadahkan diri mereka?Tiada kemanisan di hati mereka ketika berdiri mengadap Allah..
Jauh beza kita dibandingkan "Assabiqul Awwalun",mereka boleh berdiri berapa lama pun dihadapan Allah,berapa rakaat sekalipun kerna Allah campakkan "Halawatul ibadah" dihati mereka sebagai hadiah diatas kesucian dan kejernihan hati mereka..Nah!!hati juga sebenarnya punca permasalahan kita..benarlah sabda nabi tentang peranan hati (yang disebut qalbu).
Rakan HPA yang dikasihi sekalian!!ambil lah perhatian sesungguh-sungguhnya untuk memulih kembali kejernihan hati ini agar kita tak sesal di kemudian hari,jauhkan sejauh-jauhnya diri dari terjerumus kelembah noda,fokus kita pada produk halal bukan semata-mata kerna komisen tapi kerana "mencari yang halal itu fardhu",mari gembelingkan tenaga kerana Allah untuk meningkatkan potensi produk halal ini demi menyelamatkan Ummah dan demi mengembalikan semula keghairahan dan kemanisan ibadah dihati Ummah..Ya Allah berkati dan berilah petunjuk kepada kami...

Monday, August 10, 2009

Identiti Sendiri

Bismillah...
Syaaban bakal berlalu pergi sedikit hari lagi..setiap jiwa yg mukmin mula terasa semangat Ramadhan menepa..Allah yang Maha Bijaksana menetapkan adanya bulan-bulan mulia untuk menjadi hadiah kepada hamba-hambanya yang dikasihi.
Kita berhenti sejenak "Waqfah Latifah" untuk menjiwai satu peristiwa dalam bulan syaaban ini..peristiwa yang disebut "Tahwil Qiblah" atau pertukaran arah kiblat.Pengajaran dari peristiwa ini yang penting untuk direnungi bersama.
1-Wala' dan thiqah yang tinggi kepada Rasul (Para sahabat tidak berfikir panjang untuk turut mengubah qiblat bilamana Rasul mengubahnya meskipun berlaku di tengah solat)-Bagaimana kita?Kadang terlalu banyak arahan Rasul yang kita terlebih dahulu mencari rasionalnya baru nak turut.
2-Pertukaran Qiblat ini satu isyarat tuhan kepada Ummah bahawa mereka seharusnya memiliki identiti sendiri yang lebih dibanggakan..Mengapa ada Ummah yang lebih berbangga dengan hak orang lain lebih dari apa yang ada pada Ummah ini..Ramai mana orang islam yang meneruskan pembelian di pasaraya,emporium,premis milik non muslim (Yang lebih menyayat hati milik Kuffar yang anti Islam) Banyak peniaga muslim terpaksa gulung tikar kerana sifat Ummah yang terlalu berkira pada perkara-perkara yang "sapret"..Tidakkah terasa bersalah?Yahudi mendominasi kewangan dan bisness dunia bukan kerana mereka handal tetapi kerana kita yangh mudah tertipu dan tiada kesedaran untuk mempertahankan identiti sendiri..
3-Rakan Hpa semua sewajarnya berbangga kerana Allah jodohkan kita kepada satu dunia @ alam tersendiri yang penuh harmoni..insya Allah tanpa dengki,busuk hati dan yang lebih utama Free Yahudi dan kuffar Laknatullah.
Ya Allah ilhamkan kepada kami bagaimana perlu kami buat untuk memikat hati-hati orang yang beriman agar bersama kami...

Tuesday, July 28, 2009

Jangan Leka

Bismillah..
Berlalu sudah himpunan tahunan HPA dengan merakam 1001 sejarah dan kenangan.Tahniah buat pejuang-pejuang IBHAM yang mula mengorak langkahlangkah kejayaan.Kejayaan kita bukan hanya untuk diri sendiri,malah untuk seluruh Ummah HPA di Dungun & Kemaman secara khususnya.(Anda adalah kebanggaan kita bersama)
Apa ertinya penganugerahan itu?Selain untuk merai kejayaan ianya jua adalah pemacu untuk kejayaan di masa akan datang dan semoga kejayaan di dunia ini tidak menafikan kejayaan kita di akhirat nanti.
Setahun mendatang seharusnya kita pergunakan sebaik mungkin untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang...Apa pangkat kita sekarang..seharusnya setahun mendatang pangkat itu beranjak sekurang-kurangnya PJ..
Insya Allah kita akan mengadakan perbincangan serius pelan Tindakan dalam sedikit masa lagi..Diharap anda semua tidak akan menguzur diri...

Friday, June 26, 2009

Tajir Al Amin ( 4 )

Bismillah...
"Duaat Multilevel" satu gelaran yang ana cuba perkenalkan buat semua.Apa ertinya yang dimaksudkan?
Kita semua tahu bahawa syarikat MLM terlalu banyak di dunia ini termasuklah yang dimiliki oleh bumiputra muslim.Bagi semua Jentera/tentera MLM menganggapkan bahawa masing-masing punya MLM adalah syar'ie dan tidak bercanggahan dengan syariah..tapi betul ke??
Aspek mana yang perlu diteropong untuk mem'promote'kan syariahnya MLM itu?
1-Pemiliknya (Bukan sahaja muslim tapi komited dengan islam secara menyeluruh)
2-Produk (Tiada syubhah dari segi bahan & pembuatannya)
3-Sistem @ pelan yang tidak menyentuh mana-mana larangan syariah
4-Hala-tuju perbelanjaan dari untung yang diperolehi syarikat mahupun individu itu sendiri.
Kita penggerak HPA tidak hanya boleh mendakwa kita sebagai syar'ie melainkan setelah kita benar benar yakin keempat-empat aspek tadi adalah menjadi suatu fokus serius oleh syarikat yang kita sayangi ini.
Sekiranya wujud sebarang persoalan yang bertujuan meragu-ragukan kita,seharusnya kita tidak boleh berdiam diri membiarkan keraguan itu terus bertapak di hati.Dapatkan penjelasan dan tolong bagi jawapan yang telus dan jujur kiranya kita berhadapan golongan berprasangka tinggi terhadap kita..Jangan menjawab atas fakta yang kita sendiri ragu kesahihannya.
Ingat ketika kita bertutur (semasa menaja rakan kongsi) bersama kita ada dua kiraaman katibiin yang telus,jujur dan berdisiplin tinggi terhadap perintah Allah.
Gimik yang palsu adalah satu dosa..kita tidak sanggup lagi menempah noda dalam MLM ini kerana kita sudah terbeban dengan dosa lain yang sudah menggunung tinggi banyaknya..

Sunday, June 14, 2009

Tajir Al Amin ( 3 )

Bismillah...
Apa yang di katakan Syukur lidah?apakah hanya kita ungkapkan lafaz Alhamdulillah dan beberapa lagi lafaz lain..Ya benar ungkapan tersebut adalah salah satu maksud yang dikatakan syukur lidah tapi belum cukup.
Antara anasir lain yang boleh melengkapkan lagi "Syukur lidah" ini ialah:
01-Berkata benar sekalipun pahit..(dalam keghairahan kita menonjolkan bisnes yang membanggakan ini, jangan sampai kita menafikan kebenaran orang lain..benar tetap benar dan tidak rugi kita mengakui kehaibatan orang lain kerna dalam waktu yang sama orang lain pun akan nampak kehaibatan kita.
02-Ajarkan dan latih lidah untuk hanya berkata-kata ketika perlu sahaja.(Diam itu satu ibadat).Sabda Nabi "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..hendaklah berkata baik atau diam sahaja (ketika tiada keperluan) ingat banyak orang ke neraka bahana lidah..
03-Setiap huruf dan kalimat Al Quran itu hendaklah pernah dilafazkan oleh lidah kita agar quran akan menjadi saksi dan memberi syafaat kepada kita di hari akhirat nanti..Bermula Al Fatihah dan berakhir surah An naas (keseluruhan 30 juzuk mesti dihabis dan diulang-ulang sebanyak yang sempat sepanjang hayat kita ini)
04-Jangan ajar walau sekali lidah kita mengguris perasaan orang lain kerna syarat utama keislaman kita adalah seperti dibayangi oleh nabi "Seorang muslim adalah orang yan menjaga lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain"
Payah sebenarnya untuk kita benar-benar melaksanakan Syukur lidah ini justeru baginda pernah mengatakan jaminannya barangsiapa mampu menjaga lidahnya akan dapat masuk syurga.

Saturday, June 13, 2009

Tajir Al Amin ( 2 )

Bismillah..
Tidak berlaku satu-satu perkara di dunia ini melainkan Allah jua yang mengizinkan..Begitu jua jodoh kita bersama Harapan Paling Akhir ini,meskipun mungkin asalnya kita mencari atau kita di cari.Ketentuan Allah dalam perkara yang baik seharusnya disyukuri dengan sebenar-benar kesyukuran.(Tidak sekadar ungkapan di bibir mulut,bahkan seluruh perlakuan seharusnya dalam redha Allah jua di samping pulangkan kembali nikmat Allah itu kembali kepada Allah..(Dari Allah untuk Allah dan Ummah ini) Tidak namanya bersyukur kiranya anggota kita masih belum dapat akur kepada syariat Allah..(aurat tidak di jaga umpamanya)..Pendek kata selain kita laksanakan perintah Allah kita jua wajib tinggalkan larangan Allah.
Tajir Al Amin tidak boleh "ralit" dengan perjuangan Halal ini hanya dari sudut produk harian, seharusnya mesti "Halal" dari seluruh Aspek.Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.."
Akidah mesti halal (atau lebih tepat dikatakan Sah) kerna jika akidah tidak sah maka sia-sialah segala usaha kita...umpama teratai yang tumbuh di permukaan air (kalau boleh diumpamakan begitu) dan impian kita pada seluruh kerja-kerja menjadi seperti orang yang mengharapkan air dari fatamorgana di padang yang tandus dan kering.

Sunday, June 7, 2009

Bismillah...
Sekian lama kita tak bersua,maaf ana kerana tak mampu mengatur masa sebaiknya di ketika kesibukan @ pertembungan banyak program lain,profesyen asal (ustaz),perjuangan dan bisness HPA dan lain-lain.Sepatutnya tidak boleh terjadi begitu kerana sebagai seorang pejuang HARAPAN PALING AKHIR (HPA) harus kita memiliki satu sifat iaitu bijak menjimati dan mengatur masa.Insya Allah kita sama-sama mengatur hidup aga lebih berkualiti demi memenuhi HARAPAN PALING AKHIR.
Hidup kita menjadi lebih bermakna setelah Allah temukan kita dengan perjuangan ini..mungkin dulu tiada pengisian yang serius dalam kehidupan seharian kita selain hal-hal kekeluargaan dan peribadi sahaja...Sekarang kita sudah menjadi sebahagian dari mata rantai perjuangan yang berteraskan produk & perawatan halal ini.Sehari-hari jiwa raga kita terisi dengan berfikir "Hari ni nak buat apa untuk kembangkan lagi jaringan HPA.."meskipun tampak seperti kepentingan peribadi namun tidak lari jua ana katakan bahawa jaringan yang kita wujudkan adalah jua darah daging HPA itu sendiri.
Perjuangan kita bukan berteraskan hawa nafsu tetapi ingat "Teras perjuangan ini adalah Aqidah dan Syariah" dan kita beriman bahawa ada dosa & pahala di hadapan hidup kita semua.
Insya Allah IBHAM GROUP akan tampil untuk mempelopori suatu tazkirah bersiri ke arah menjiwai sasaran TAJIR AL AMIN..
Ya Allah bantulah kami dan kurniakan Al Fahmu yang jelas dan tepat kepadaku untuk membimbing rakan-rakan semua...

Saturday, May 23, 2009

Kenangan...sebagai ingatan


Bismillah...
2bulan lagi kita kan bertemu dipuncak xtvt HPA iaitu konvek...Jangan sorangpun dari kita mist program tersebut..bukan sekadar pertemuan suka-suka tapi pertemuan semangat dan cabaran.(semangat untuk lebih berjaya,cabaran bagi yang belum benar-benar berjaya)
PBC terakhir baru-baru ni mungkin anak tangga terakhir bagi sesetengah kita untuk menjawat pangkat PJ..Selamat maju jaya untuk yang dah berpangkat PJ.
Buat graduan PBC tataplah potret ini sebagai kenangan yang mengingatkan janji kita semua untuk berjuang bersungguh-sungguh bersama HPA kerana Allah bagi menyelamatkan Ummah.

Friday, May 15, 2009

Harapan menggunung

Bismillah...
Syukur pada Mu ilahi kerna mengurniakan kekuatan pada kami semua jentera PBC Dungun untuk menjayakannya sekali lagi...melihat wajah-wajah Fasi yang tulus mampu menitis airmata dek terasa betapa tiada mampunya ana untuk mengurniakan apa-apa sebagai saguhati buat mereka...Ya Allah aku ingin sekali melihat suatu hari nanti kejayaan cemerlang mereka dalam perjuangan ini...
Dan bila mana menatap wajah peserta pula terasa besarnya tanggungjawab dan kewajipan yang Allah pikulkan pada kami buat menghulurkan tangan persahabatan dan perjuangan.Mereka datang mencari kejujuran dan kebenaran.Bagaimana kita??Ya Allah amanah Mu kami cuba pikul sekadar termampu,kurniakan kekuatan buat kami...

Wednesday, May 13, 2009

Bersedia maju setapak lagi

Bismillah...
Sari dua lagi sekali lagi kita akan mewaqafkan diri,masa dan tenaga untuk tamrin PBC bersama peserta dan mungkin jentera baru kita.Sambutan semakin hangat,kalau dulu nak cari 30 orang pun sulit..ini kita terpaksa membataskan penyertaan demi memastikan kelancaran program di kedua-dua pihak peserta dan penganjur.Terima kasih dan syabbas kepada yang berjaya hadirkan rakan kongsi baru masing-masing.
Betulkan niat masing-masing, agar semua pengorbanan kita tidak sekadar menjadi debu-debu di tepian jalan...bukan mencari glamour,bukan juga kerana dunia tapi kerana Allah untuk HPA yang kita sayangi.
Pengorbanan adalah rutin kepada mana-mana perjuangan,kepahitan bukan racun tetapi ubat yang mujarab kepada penyakit jiwa kita.Justeru kita sedia berbuat apa saja untuk perjuangan ini..
Ana dapat rasakan cahaya kecemerlangan makin hampir dengan kita,selama hampir 5 tahun kita merintis perjuangan ini nampak sangat peningkatannya yang mendadak.(Jualan Caw Dungun kini menduduki rangking ke 4 di pt. Timur..setakat dimaklumkan pada ana) a AlHamdulillah Allah mengizinkan kita untuk melayari bahtera ini dengan baik..Ya Allah ku bersyukur atas apa yang engkau berikan namun izinkan aku untuk pergi lebih jauh lagi dengan rahmat dari mu...

Friday, May 8, 2009

Fikir HPA...Fikir HALAL

Bismillah...
Perjuangan Halal yang telah dipelopori oleh HPA merupakan satu amanah dan bukan sebagai satu peluang keduniaan...Justeru kita merasa suatu kejujuran yang murni di hati bilamana kita berbicara persoalan ini di mana-mana program yang kita anjurkan.Suara sumbang yang menuduh siapa sahaja yang berbisnes apabila berbicara soal Halal & Haram "Orang niaga memang begitu..nak lariskan produk dia..."alhamdulillah tidak kita terkena tempiasnya.
Tapi!apakah bila kita memperjuangkan HALAL ini,sudah cukup berkat hasil yang kita perolehi?tanpa meneliti aspek-aspek lain yang kadang-kadang remeh temeh bagi kita.Bagaimana dengan corak atau suasana penajaan yang kita buat?"Overlaping" dalam menaja iaitu menaja prospek yang sudah ada penajanya tapi dengan mengubah sedikit profile prospek itu,Hatta" corner" dalam menjayakan PBC pun, sepatutnya kita semua pejuang Islam ini jujur sejujurnya supaya perjuangan ini dilihat lahir dan batinnya suci dan selamat dari kemurkaan ALLAH..
Sedarlah Allah sudah siap mendedahkan persoalan yang terpaksa kita persiapkan jawapannya untuk dijawab di hadapan Allah nanti "...mengenai hartanya, dari mana diambil dan ke mana dibelanjakan..."(Sabda nabi).Ribuan atau ratusan ringgit yang kita perolehi dari bonus HPA sebenarnya adalah himpunan dari setiap sen yang terhasil dari intensif HPA yang sungguh menarik..andailah intensif Bonus Generasi Pangkat (contohnya) kita perolehi dari tajaan yang palsu atau menyalahi nilai kejujuran islam..bagaimana nak kita sediakan jawapan Allah nanti...
Ya Allah!! tumbuhkan dihatiku rasa gerun pada mu untuk melakukan semua itu....

Friday, April 10, 2009

test

test

Friday, January 9, 2009

Fikirlah sebegini

Bismillah...
Sekian lama kita tak bersua rasa bersalah pula,mungkin ada antara anda yang meneliti blog ini terasa hampa.Maaf !!
Hari ini tentu sudah puas kita menangis kerana tak tertahan hati setelah melihat tragedi kemanusiaan di Palestin.Bagaimana perasaan kita andainya kita yang berada di sana ketika ini?Takut?Sedih?Marah?
Ramai yang bersetuju untuk menerima gesaan memboikot Produk Amerika & Yahudi.Kita sebagai penggerak HPA jangan pula terasa ini sebagai peluang untuk bisnes kita,Waliyazabillah..Tapi sepatutnya yang kita terasa, mengapa perlu menunggu hingga ratusan nyawa Palestin yang korban baru kita nak khabarkan tanggungjawab ini,sepatutnya sudah lama kita sebarkan fikrah ini.
Cukupkah dengan hanya boikot produk Amerika Israel sahaja?walhal bukan soal penindasan sahaja sepatutnya menjadi noktah pemacu boilot ini,di sana jangan kita lupa, Ummah sewajibnya
peka dan menjauhkan diri dari sebarang produk yang tidak terjamin berkatnya,dan yang patut kita boikot bukan sahaja produk makanan tapi seluruh ciptaan Amerika yahudi, fahaman @ ideologi, hiburan dan lifestail.
Mari kita selidiki sejenak,kenapa rakyat Palestin harus memikul bebasan seberat ini demi survival negara mereka?Apakah kita tidak mungkin akan menerima bebanan sebegini?..
Allah yang Maha rahmat sudah begitu lama menyarankan pendekatan menyelesaikan problem ini iaitu KEMBALI KEPADA ASAL KEKUATAN UMAT ISLAM (AL QURAN & ASSUNNAH)