Monday, November 24, 2008

Paling susah jaga hati

Bismillah..
Hidup ini penuh rahsia, adakalanya rahsia itu boleh terbongkar dan adakala ia tersimpan kemas dalam hidup seseorang hingga membawa kepada hari matinya.
Dalam perjuangan ini seringkali kita diperingatkan "jaga hati dari penyakit-penyakit tidak jujur,ikhlas,syak wasangka sesama sendiri dan berbagai lagi".Imam Al Banna menegaskan bahawa ukhuwah itu mempunyai martabatnya tersendiri dan martabat ukhuwah yang paling minima ialah sejahtera hati dari perasaan syak @ tidak jujur sesama sendiri.
Seseorang itu boleh saja menggangguk @ menggeleng kepalanya tika dinasihat atau ditegur agar bersikap jujur sesama teman seperjuangan namun Allah lebih mengetahui rahsia sebenar samada dia benar-benar menerima atau tidak nasihat dan teguran itu.
Tapi perjuangan yang benar yang Allah sendiri menjaganya, Allah takkan biarkan parasit-parasit perjuangan itu berleluasa hidup menjadi beban pada perjuangan lalu akan ada proses penyaringan @ pembersihan.
Akan terbongkarlah rahsia yang selama ini ia simpan kemas-kemas.Moga Allah memberi taufiqnya kepada kita hingga tidak ada rahsia yang kita simpan sesama kita.Dan Allah akan jaga perjuangan ini selama orang-orang bersih ini wujud menjadi tulang belakangnya.Ya Allah jadikan kami setia kepada perjuangan ini..!!

Thursday, November 20, 2008

Panduan untuk IBHAM Group

Bismillah...

Sahabat yang dikasihi,tentunya sebagai penggiat MLM kita sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan downline...Bandingkan antara dua situasi ini:1)Seorang pengedar yang mengamati setiap orang yang ditemui dengan fikiran "dia ni ok kut,boleh buat bonus ni,@ boleh makan ni"tentunya pandangan dia terhadap prospek tadi semata-mata atas asas potensi MLMnya.2)Seorang penggerak HPA yang merenung jauh-jauh pada seseorang setelah timbul di fikirannya pengetahuan bahawa seseorang itu begitu lama tenggelam dan hanyut dengan kehidupan di luar batas syara'...makan minumnya banyak yang haram @ syubhah,sumber ekonominya tidak dipastikan sah,kalau ia mengalami ujian kesihatan ia sering mengeluh bahkan tidak menghiraukan ubat apa dia makan atau perubatan cara apa yang ia dapatkan.

Kita pejuang islam (ikut chanel ekonomi @ bisness) hendaklah teliti dan berhatihati dalam dan luar, zahir mahupun batin.Mereka yang kita tarik jadi ahli Hpa adalah kerana nak selamatkan mereka dan bukan semata-mata kerana orang tu boleh buat duit untuk kita.

Sukakah kita KALAU ORANG MEMPERLAKUKAN DEMIKIAN TERHADAP KITA? mereka anggap kita sebagai prospek semata-mata.

Nabi berpesan"Tidak beriman seseorang kamu selagi tidak ia mengasihi temannya sebagai mana ia mengasihi diri sendiri.Hati-hatilah!!!

Saturday, November 15, 2008

Sabar & Istiqamah


Bismillah...

Sabar dan Istiqamah adalah 2 nikmat yang payah sebenarnya untuk kita miliki.Sering kita merasa bahawa kita sudah memilikinya namun benarkah?sudah terujikah kita?setakat mana ujiannya?

Bercakap tentang keberadaan kita bersama HPA, cuba tanya diri kita sendiri..udah berapa lama bersama HPA?10 tahun?,5 tahun?setahun?sebulan?belum mendaftar?..Sesungguhnya semua kadar masa itu belum cukup untuk kita mendabik dada bahawa kita sudah lulus ujian sabar & istiqamah bersama HPA.

4 Tahun ana bersama HPA,tidak banya lagi teruji,yang ada sikit-sikit.Perjuangan kita adalah perjuangan yang selaras dengan perjuangan Islam itu sendiri.Dengarkan maqsud firman Allah ini.:Alif,Laam,Miim,Apakah manusia itu mengira bahawa dia yang berkata "aku beriman" sedang ia tidak akan diuji?Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji golongan terdahulu dari mereka maka Allah mengetahui siapakah dari kalangan mereka yang benar-benar beriman...."

Dulu ada orang keluar dari HPA kerna produknya yang dikatakan tidak menarik,tidak sentiasa bertambah dan lain-lain,ada yang tercicir kerana dikatakan bonusnya lambat & tidak selumayan MLM lain,ada yang frust kerana karenah-karenah birorasi dan lain-lain.

Cuba positifkan menteliti kita atas apa sahaja yang kita anggap kelemahan itu,kerana sebagai seorang mukmin kita sedar sabda nabi"Menakjubkan perihal seorang mukmin,semua yang berlaku kepadanya adalah baik,andainya ditimpakan kesusahan (perkara negatif)dia bersabar maka jadi baik baginya,dan andainya ia beroleh kegembiraan dia bersyukur maka jadi baik baginya..."

Pernah tak anda mendapati bonus anda tidak lumayan sebagaimana dicitakan?pernah tak anda terfikir ketika itu,mungkin itu adalah percaturan Allah kepada anda supaya mengecap sedikit ujian perasaan sabar.atau anda bertanya bonus yang telah diperolehi bulan-bulan lalu ke mana perginya?berapa % anda beri kepada orang lain?

Ada yang tidak boleh bertahan bila diuji berdepan dengan godaan rakan niaga MLM yang lain..Ana tak bercadang untuk menghalang tapi sila renung baik-baik persoalan ini.1)Apa sebab anda berjuang bersama HPA selama ini?bukankah kerna Ukhuwah islamiah dan kerana halalnya MLM HPA ini..?2)Fahamkah anda selok-belok dimana membezakan kita dengan MLM lain?Plan Marketing kita telah terbukti dikaji oleh ulama yang berautoriti,kerna itu kita bertahan hingga kini.Ana sendiri tidak ingin membimbing anda semua kalau tiada keyakinan,dan kita ber"MLM" kerana ingin menonjolkan suatu bisness multilevel islamik total yang bukan sekadar gimik dan lakunan.

Kalau kerana tak sabar menanti bonus yang lumayan bersama HPa,sila tanyakan pada anda persoalan ini, 1)Sudah kah anda memahami betul2 cara kerja HPA? 2)Setakat mana usaha anda?apakah sudah all out masa,tenaga bahkan kewangan? banyak sikit hasil yang kita dapat adalah bergantung kuat pada tahap usaha kita di samping tawakkal pada Allah.

Oleh itu kemanapun kita pergi tetap kita tak akan berjaya sekiranya negetif thinking menjadi penyakit pribadi kita....ubah dulu diri kita kalau nak berjaya kerana ana pun dulunya seperti anda tapi sedikit-demi sedikit bila perubahan terjadi maka hasilnya kini boleh dibanggakan.

Sunday, November 2, 2008

Malamih Iman

Bismillah...
Perjuangan ini akan lebih terasa manis oleh setiap jiwa yang memiliki iman yang sejati...Mari sama-sama kita merenung akan salah satu tanda kesejatian iman yang diberitahu oleh junjungan besar kita Muhamad S.A.W:"Barang siapa yang merasa gembira dengan berbuat kebajikan dan merasa gelisah dari perbuatan dosanya,maka dialah seorang yang beriman"
Kata saidina Ali Karramallah wajhah:"Jadilah engkau semua lebih memperhatikan kepada diterimanya amal daripada amal itu sendiri.Kerana tidak sedikit amal yang tidak diterima"
Apakah teman-teman semua beranggapan keberadaan kita dalam HPA ini sebagai suatu pilihan Allah untuk kita terlibat dalam usaha Dakwah Islamiah yang membawa kepada janji Allah untuk menerima anugerah pahala dariNYa atau sebaliknya hanya sekadar suka-suka mencari sedikit kebebasan ekonomi.Nah kalau teman semua terasa beban dakwah bersama HPA Alhamdulillah itu tandanya teman-teman sekelian sedang berada di atas landasan yang tepat.
Kita sama-sama merenung suatu penegasan dari Syeikh Abdullah Al Haddad yang menyatakan "Maka janganlah engkau putus dari mengakui kekuranganmu dalam memenuhi kewajipanmu atas hak Allah atasmu walau bagaimana besarnya kesungguhan dan kerajinanmu dalam berbuat taat kepadanya....
Hati-hatilah engkau, jangan sampai mengotori pakaian keimananmu dan mencoreng muka hatimu dengan melakukan apa yang telah dilarang oleh tuhanmu,setiap kali terjadi suatu dosa maka hendaklah engkau cepat-cepat bertaubat dan perbaiki rujukmu kepada Allah"

Sunday, October 26, 2008

Taujihat kita


Bismillah...

Teman-teman IBHAM yang dikasihi,antara pengisian dan persiapan diri sebagai penggerak HPA ialah menjurus kepada melahirkan herbalis yang berkesan.Suka ana nak ajak teman-teman sekelian menghayati kata-kata salah seorang pimpinan HPA yang mengungkapkan"Herbalis adalah sufi"

Tahukah teman apa dan siapa sebenarnya "sufi" itu?Dia adalah seorang yang bersih jiwa,tenang hati dan bercahaya,mempunyai lidah hikmah,mampu merawat bukan sahaja jasad pesakit bahkan jiwa dan akhlaq mereka.Bukan senang untuk menjadi sufi,tapi tidak dapat tidak kalau kita ada cita-cita untuk menjadi aktivis ummah mesti berusaha ke arah itu.

Kita bukan sahaja wajib mencari ilmu, bahkan setiap kita mesti bertemankan guru yang mursyid.Hidup jangan leka dengan dunia ini kerana mungkin kita akan terpaut dengannya yang akan menjadi halangan terbesar dalam usaha kita untuk mendekati Allah.

Dalam berbicara seorang sufi itu penuh bercermat dan berjimat,tapi bila ia bersuara hati pendengar akan terasa sentuhan yang amat.

Malam seorang sufi tidak sunyi dari alunan zikir dan Quran kerana itulah prime time baginya.Hatinya merasa ketika itu hujan hidayat Allah mencurah-curah dan hatinya makin bersinar dari malam ke malam.Kemanisan ibadat benar-benar terasa.

Sufi adalah lulusan Madrasah Rabbaniah yang mana sabar dan tenang adalah trade marknya.

Persoalannya kepada Teman-teman sekelian:Sudahkah kita semua memulakan langkah menuju Allah?Usah merawat orang lain kiranya kita sendiri sakit...

Friday, October 24, 2008

Sabar adalah ubatnya

Bismillah...
Sahabat yang dikasihi tentunya hati kita sentiasa melonjak untuk melihat peningkatan jualan HPA yang sama-sama kita perjuangkan.Bahkan hati kita lebih tertekan mungkin bilamana target kita untuk melonjakkan jualan peribadi tersekat sedikit lantaran banyak produk popular tiada di pasaran.Ana sendiri sering bertembung dengan adegan emosi melampau dari penggiat "baru" kita bila saja mereka menjenguk kepala nak membeli produk yang dihajati tiba-tiba diberitahu "Tak Dok"...Masya Allah!!
Kita sendiri sebagai pejuang yang setia tidak seharusnya hilang kawalan seperti mereka.manakan patut jadi seperti itu kerna kita telah begitu lama mendapat tarbiah samada dari Jamaah Islamiah mahupun dari HPA sendiri.
Meskipun mungkin kita nampak apa-apa kekurangan atau ketidak-pandangan pihak bertanggungjawab HPA dalam masalah ini tapi yakinlah ia jua tidak lari dari kawalan dan percaturan Allah.Adakalanya Allah yang menguji kita sengaja menguji kita di ketika kita benar-benar tidak menjangkakan, lihatlah sebagai contohnya peristiwa pertuduhan munafiq kepada Saidatina Aisyah. Ketika itu Nabi dan para sahabat sedang sibuk menyiapkan diri setelah pulang dari peperangan Tabuk.
Kita bukan mengatakan bahawa kita ini langsung tidak boleh meluahkan apa-apa perasaan kita dalam berdepan situasi begini,tapi utamakanlah etika Islam paling kurang atau lebih baik lagi kita belajar mendidik diri mengawal perasaan kecewa ke apa2.
Sapa-sapa yang joint HPA betul betul kerana faktor perjuangan islam adalah tidak harus mengabaikan akhlaq islam ini kerna kita tidak mahu hanya manis dengan slogan tapi hati penuh dengan kepahitan sifat-sifat mazmumah.

Wednesday, October 8, 2008

Hati-hatilah


Dengan nama Allah...

Syawal sudah masuk hari ke-10 hari ini...puasa syawal dah masuk hari ke???

Sari dua ni kita mungkin disibukkan dengan program solat hajat untuk anak-anak exam..Baguslah kalu hati sentiasa ingatkan Allah saat-saat begini.Satu je ana nak ajak anda semua berfikir.Apakah kejayaan yang kita inginkan anak-anak kita capai itu satu-satunya kejayaan yang kita mau mereka capai?Kenapa perlu ana bertanya soalan ini?? memandangkan kita melihat betapa ghairahnya ibu bapa hadir solat hajat peperiksaan anak-anak mereka,penjual air mineral pun boleh tumpang semangkuk...Di sana sebenarnya banyak jenis kejayaan yang kita kena kejar...kejayaan dalam peperiksaan satu darinya,selain itu ialah kejayaan Aqidah (berjaya ikut ketetapan Aqidah Islamiah-kerna ujian untuk mencapai kejayaan Aqidah tidak kurang getirnya) lihatlah bagaimana salafussoleh terpaksa berhempas pulas dalam mengharungi peperangan dengan syaitan bahkan hingga saat akhir hidup mereka...syaitan hanyalah pelaksana modul peperiksaan Allah (memang sudah kerja syaitan menggongcang aqidah manusia-hakikatnya itu semua adalah juga peperiksaan Allah untuk membuka peluang kejayaan kepada hamba-hambanya yang benar).Sepatutnya ada perasaan bimbang yang teramat dalam sanubari kita "Apakah anak-anak kita mampu bertahan dalam imtihan imaniah mereka di hari-hari ke depan?"cabaran anak-anak akan datang rasanya lebih getir berbanding kita sekarang.

Oleh itu dalam doa kita nanti..ajukan juga permintaan moga Allah bekalkan senjata yang ampuh buat anak-anak mengharungi cabaran dalam hidup mereka.Senjata itu samada Aqidah yang kukuh,ilmu akhirat yang tinggi atau sebagainya.

Jiwa anak adalah bersih dan halus.Islam mengajar cara didikan dan pemeliharaan yang tepat bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dan kehalusan jiwa anak-anak tersebut.Tersilap langkah jadilah kita sebagaimana Hadis Nabi "...maka ibu bapalah bertanggungjawab mengakibatkan anak-anak jadi Yahudi,Nasrani atau majusi."Kita sebagai ibu bapa mesti prihatin terhadap pembesaran anak-anak,apa yang mereka makan,apa yang mereka pakai, hiburan mereka dan permainan mereka sudah tentu mempengaruhi jiwa dan aqal mereka..

Selain ada saranan nabi supaya kita beri anak-anak amalkan seperti madu,kismis,jadam dan sebagainya,jangan kita lupa nabi jua ajar agar kita hati-hati jangan ter"beri" sesuatu yang menggelapkan hati mereka.

Tak payah sebenarnya nak melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka.yang payah ialah untuk melihat anak-anak jadi "Orang" dalam erti kata sebenarnya.

Wednesday, October 1, 2008

Ahlan Ya Eid



Bismillah...
Selamat menyambut hari lebaran,moga kasih kita bersama HPA kan mekar semekar buka ini.
Tentunya kita semua gembira kerana Eid ini.Tapi mari kita cuba memahami apa itu erti "Eid".Ia bererti kembali dan bilamana digabungkan dengan "Fitri" beerti kembali menjadi suci sesuci fitrah.Bersih akidah,akhlak,emosi,harta bahkan jiwa raga jadi seperti yang Allah kehendaki.Tiada lagi karat-karat akidah jahiliah dlm fikiran kita,tiada lagi perangai yahudi nasrani yg menjadi daki akhlaq kita,harta haram jua sudah tiada lagi dlm hidup kita dan yang penting perjuangan hidup mesti perjuangan yang berasaskan aqidah dan bukan berasaskan keturunan,emosi dan kebendaan.Semua itu hanya perjuangan fatamorgana shj.
Hari ini kita buka lembaran diary baru semoga kita sendiri tidak akan mencemarinya lagi selepas ini.
Ampun maaf dari ana buat semua dan satu ingatan buat teman-teman IBHAM selepas ini kita akan lipat gandakan lagi usaha perjuangan kita,jgn ada yang tercicir atau dicicirkan selepas ini.Moga kekuatan dan semangat jihad Ramadhan akan menjadi bekal untuk kita meneruskan perjalanan yang berliku ini.

Monday, September 29, 2008

Bismillah...
Malam ni adalah peluang terakhir untuk kita bermesta dengan tetamu mulia Ramadhan,besok beliau akan berangkat pulaang meninggalkan kita..sahabat semua tidak terasa pilu kah di hati bila nanti kita ditinggalkan lagi...
Soalan penting perlu anda semua jawab...Setakat manakah Ramadhan kali ini memberi bekas kepada pembentukan jiwa hamba yang hakiki kepada Allah...Sifat Mahmudah apakah sudah berbenih di hati?..Ramadhan sebenarnya bulan merekrut pejuang di jalan Allah dengan latihanlatihan lasak khas untuk membentuk spiritual yang tinggi.Taqwa yang menjadi objektif kepada puasa itu sebenarnya adalah rahsia kemenangan Umat Islam dalam perjuangan mereka sejak dahulu lagi.Firman Allah yang bermaksud"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan mereka yang suka berbuat kebaikan"
Pemimpin yang bertaqwa adalah pemimpin yang dipandu Allah dalam kepimpinannya.(Di sini letakknya kewajipan melantik pimpinan politik yang ada sifat taqwa).Guru yang bertaqwa adalah guru yang dipandu Allah untuk melahirkan generasi Quran yang unik.Anak yang bertaqwa adalah anak yang pastinya sentiasa berdekatan dengan Allah untuk memohon agar Allah merahmati kedua orang tuanya.Dan peniaga yang bertaqwa adalah peniaga yang sudah tentu tahu bahawa adalah kewajipan pada diri mereka berbisnes untuk Ummah (bukan semata-mata untung peribadi)
Kerna itu Allah yang maha tahu menggezetkan sebulan Ramadhan untuk melatih jiwa Ummah agar bersedia memikul tanggungjawab perjuangan dalam hidup mereka.Rugilah mereka yang berRamadhan tapi gagal memahami hikmatnya dan gagal mencipta diri menjadi Muttaqin hingga dalam hidup seharian tiada Allah yang istimewa dalam jiwa sanubarinya...
Ya..Allah!!!Engkau kurniakan peluang yang sama untuk kami semua,namun kejahilan menjadikan kami gagal memenangi perlumbaan ini.

Saturday, September 27, 2008

Bismillah..
Alhamdulillah Allah masih merahmati kita bilamana setakat ini kita masih mampu menjalani hidup di hari-hari terakhir Ramadhan Mubarak.
Sedikit pilu terasa bila terfikir Ramadhan kan pergi tidak lama lagi,yang sedihnya bukan kerna akan ditinggalkan,tapi kemampuan memanafaatkan inci-inci Ramadhan rasanya masih tidak berubah seperti tahun-tahun lalu.Apakah dosa-dosa selama ini diampun Allah?

Bimbang juga perlumbaan Ramadhan ini menjadikan diri kita sebagai salah seorang peserta yang kecundang,bukan sahaja tak dapat Jaizah bahkan dapat pula murka dari Allah.Wal Iyazabillah..
Menyambut hari-hari terakhir Ramadhan sebenarnya perlu ada perasaan gembira dengan kejayaan dan anugerah yang bakal diperolehi.Bayangkan betapa perasaan ini ada dalam diri para sahabat di akhir Ramadhan kerana serentak dengan itu jua mereka merai kemenangan dalam banyak perang..Badar,Ahzab,Fathu Makkah dan sebagainya.Jiwa mereka jua kembali menjadi bersih hasil dari Madrasah Ramadhan ini.Tapi kita..perang apa yang kita menang?Perang fizikal menentang Kuffar?jauh sekali..perang spiritual menentang nafsu?...tak juga.jadi apa kemenangan yang kita nak sambut bila terserlah nanti sirna AidilFitri..Layak ke kita nak guna istilah kemenangan pada hari itu?..padan pun bila kita bertakbir raya nanti lagunya stail sedih mendayu-dayu…tak macam orang arab bersemangat…Ingat ana cerita ketika di bumi anbia’ dulu bila ada orang arab bertanya kenapa lagu takbir orang melayu macam tu…masa tu tak dapat nak jawab dengan tepat..
Nah! Kita sebenar belum raya lagi..masih ada 2,3 hari…jangan abaikan peluang yang masih ada.Moga berjaya semua…Amiin

Sunday, September 21, 2008

Lidah dan Amal biar selaras

Bismillah...
Islam itu adalah suatu kebenaran.Perniagaan islam itu suatu kehebatan dan telah terbukti sejak dari zaman baginda lagi hingga golongan non muslim pun bila menyedari hakikat ini tentu akan menjadikan Islam sebagai pilihan.Namun yang peliknya ramai muslimin yang lupa hakikat kemuliaan islam ini.Ramai yang menjadi pak turut dalam memajukan bisnes non muslim atau yang hanya bernama muslim tapi realitinya tidak...
Tapi ingatlah sahabat sekalian bila kita menjalankan bisnes Islam ini tentunya musuh tidak akan gembira dengan perkembangan ini.Syaitan takkan biarkan kita berjaya tanpa halangan.Seribu satu macam tipudaya yang akan kita depani matlamatnya lingkupkan bisnes sunnah nabi ini.
Bersediakah kita untuk membentengi perjuangan ini dengan segala pengorbanan dari kita?Nafsu serakah kita hendaklah di kekang agar kita tidak buta ukhuwwah dan tidak buta syariat Allah dalam berbisnes.Jangan hanya manis berwiridkan bisnes islam..bisnes islam.Ya lah yang bisnes itu memanglah islam tapi kita sendiri islam tidak?fikrahnhya.penampilannya,matlamat berbisnesnya @ kemana halatuju keuntungan bisnes dan lain-lain lagi yang patut diselaraskan dengan islam.
Jadikan diri kita sebagai model bisnesman Islam yang sebenar Zahir & Batin setiap masa dan ketika.
Group IBHAM jangan tinggalkan masjid lagi lepas Ramadhan ni...Jangan buat ibadah secara bermusim

Tugas belum selesai

Bismillah..
Ampun maaf kerna lama tak menulis..sibuk sikit dok anjur PBC.Alhamdulillah berjalan lancr dan nampaknya kerja kami makin ringan sekarang apabila penggerak-penggerak baru mula kelihatan dengan penampilan yang meyakinkan.Percayalah sahabat "setiap orang yang berjalan pasti akan sampai ke destinasi yang dituju..."jangan berhenti di sekerat jalan selagi kejayaan belum digapai selagi itu kena berjuang.
Ada peserta yang hantar SMS "Assalamualaikum ustd ja,Trima kasih yg tk t'hingga pd ustad krana menyedarkn sy tntang produt halal,bg motivasi pd sy pd PBC 2 hari.Sy amat2 t'haru di hati td.Trima kasih ustad.Dri peserta PBC"
Ana nak kongsi rasa gembira kerna kerja kita bersama mula menyentuh hati Ummah.Tapi itu baru sebahagian,masih ramai lagi yang terus-menerus berseteru dengan kita kerana kejahilan.Lantas usaha mesti digiatkan lagi.
Siasah terkini ada memaparkan selembar kisah seorang pejuang gigih HPA iaitu Kak Arah & Bang Zan...tataplah dan ambil iktibar dari mereka berdua.Kita bangga kerna mengenali insan segigih itu dalam HPA.Insya Allah ana akan usahakan agar anda semua dapat bersua dengan mereka berdua akan datang Insya Allah.

Sunday, September 14, 2008

Bismillah...
"Maghfirah" dari Allah adalah janji kedua Allah untuk pakej Ramadhan ini.Tak mudah sebenarnya nak dapatkannya namun bila mana Allah menjanjikannya wajarlah kita menaruh harapan yang tinggi di samping usaha yang penuh komitmen untuk memenuhi syarat Allah.
Golongan Salafussoleh menjadikan keinginan mendapatkan "Maghfirah" sebagai keutamaan mereka.Hidup sehari-hari tenggelam dengan munajat dan luahan rasa untuk mendapatkannya,ini dibuktikan dengan satu sajak yang kita sering alunkan dalam zikir munajat"Ilahi aku sungguhnya tidak layak jadi ahli syurgamu...namun tidak jua aku mampu tanggung azab nerakamu..Maka kurniakanlah daku taubat dan ampunilah daku sesungguhnya engkau maha pengampun di atas dosa-dosa.
Realiti kehidupan kita berbeza sekali,dosa dilakukan sentiasa namun keinginan mendapat dan merintih agar dapat keampunan Allah tiada kesungguhan mana.
Golongan yang mendapat "Maghfirah" adalah jua golongan yang mendapat pakej-pakej lain umpama Rahmat,taufiq,annadamah al Haqiqiah bahkan rahmat sekali.Beruntunglah siapa yang mendapat "Maghfirah"dariNya.
Dapat "Maghfirah" menjadikan seseorang hamba itu suci seolah bayi yang baru dilahirkan..lantas Allah akan membantu untuk mengisi lain-lain sifat Mahmudah dan yang paling diimpikan kita mati dalam keadaan tidak kembali lagi melakukan apa yang Allah murka.
Istighfar adalah ungkapan yang Nabi ajar agar kita sering menyebutnya...banyak mana sekalipun tiada halangan dan nabi mengajar kita agar ada jumlah yang tetap untuk mengucapkan istighfar.70 atau 100 kali sehari.
Pabila dapat "Maghfirah"Allah tidak lokek lagi untuk mengurniakan rezeki yang berkat kepada hambanya itu.Fahami dan hayati ayat yang kita kenali sebagai ayat 1000 dinar.Moga dapat hidayat...Amiin
Bismillah...
Sesungguhnya malam adalah antara nikmat Allah yang amat berharga bagi seorang mukmin..lebih-lebih lagi malam-malam Ramadhan Al Mubarak ini.Pengisiannya harus sama dengan pengisian salafussoleh..Belajarlah melakukan mujahadah kerna ini saja jalannya untuk mendapat "Syauq" pada Allah.Titisan airmata pada kegelapan malam mampu memecahkan kekerasan hati kita.
Alangkah indahnya jika Group "IBHAM" menjadi satu perjuangan, satu nada dan satu matlamat.kita mencari sesuap rezeki yang halal bersama HPA bahkan kita juga ingin menjadi Qudwah kepada penggerak lain yang menjadi model peniaga muslim hakiki.
Ramadhan sudah sampai malam pertengahannya kita mesti bermuhasabah segera,terlambat bererti gagal lagi tahun ini.
Tazkirah ana pada hari-hari ke depan mungkn lebih fokus lagi.Harap pembaca sekelian dapat mengamati betul-betul.Matlamatnya kita saling menasihati.Sekali lagi kalau ingin berinteraksi sila hantar melalui Emeil ct.just@yahoo.com
Penggerak HPA Dungun patut menjadikan medan ini sebagai promosi kepada prospek baru.

Saturday, September 13, 2008

Bismillah...
Sudah 2 kali Jumaat berlalu dlam Ramadhan kali ini.sungguh cepat masa berlalu.Ya Allah aku tak sempat berbuat apa-apa lagi...
Minggu ini HPA Dungun bertungkus lumus membuat persiapan PBC versi Ramadhan.Ada yang bertanya..puasa ni tak cuti ke PBC?Masya Allah...Umat Islam yang sedang berpuasa sekarang adalah masa yang paling tepat untuk sentuh jiwa mereka agar kembali kepada fitrah kesucian yang menyeluruh.Kesungguhan beribadat tidak mencukupi kalau mereka tidak sedar kewajipan mencari yang halal dalam produk harian mereka.INi yang menjadikan kita lebih wajib melipat-gandakan jihad kesedaran Halal & Haram.
Lihatlah rakan seperjuangan kita seluruh tanahair dari perlis sampai ke Johor,bahkan di M'sia Timur.PBC sama macam bulan lain bahkan lebih meriah.Mana taknya mereka berterawih bersama,berqiamullail dan sebagainya lagi..HPA memiliki tenaga yang AlHamdulillah lebih dari mencukupi untuk mengendalikan Ibadah seperti itu dalam PBC mereka.Ramai Ustaz-ustaz,bahkan HAfizul Quran pun tidak kurang.
Kita bukan bergimik ketika melakukan semua itu,bahkan itulah kewajipan kita bersama.Buktikan inilah bisnes Islam yang hakiki,yang tidak melalaikan diri dari kewajipan berubudiah kepada Allah.
HPA tidak akui mana-mana ahlinya yang sampai meninggalkan tanggungjawab sebagai hamba Allah mentang-mentang lah nak menjadi Jutawan sekalipun.
Orang Dungun seharusnya menyelami hasrat ini...dan kewajipan kitalah untuk mendedahkannya kepada umum.Selakkan tabir fitnah di sanubari Ummah terhadap kita selama ini.Insya Allah dengan keikhlasan kita dan keberkatan Ramadhan suatu hari nanti kita akan melihat sinar yang menerangi alam dibawakan oleh HPA....Amiiin.

Wednesday, September 10, 2008

Palestin di Hati

bismillah...
Dalam kesibukan kita merai Ramadhan Al Mubarak...Sebagai seorang muslim apalagi mujahid HPA seharusnya menghayati luahan rasa PU dalam sajaknya beberapa hari lalu.
Satu sahaja Doaku malam ini.
Ramadhan..hari-hari yang kulalui tidak terasa detiknya berlalu pergi cahaya bulan dan matahari sama sahaja dirasai..kuntum-kuntum malam kian mekar mewangi ditiup angin menghembus ke hati dan cahaya cinta pun menyala di kamar dinginku untuk dirasai kehangatannya sujud,doa,zikir padamu Ilahi.tiba-tiba..kamarku gelap membahang seribu rasa menerjah di dada bumiku...masjidku...saudaraku..terkais dalam siksa berbuka dengan deraian air mata peluru bagai tabuh di balairaya ya Ilahi...satu sahaja doaku malam ini merdekalah anak-anak bumi ini dengan kemenangan yang dekat limpahan keberkatan israk dan mikraj teman..kau asyik bertanya bumi mana lagi kalau bukan Al-Aqsa yang tercinta.
Kasibukan kita jangan melupakan nasib saudara seakidah nun di kejauhan sana,Palestin,Chehnya,Kashmir,Iraq dan lain-lain.

Sunday, September 7, 2008

Bismillah..
10 hari pertama Ramadhan kini hampur melabuh tirainya.Rahmat yang dijanji Allah masih terbuka untuk 2 hari lagi.Bimbang jugak kalau-kalau tak tercapai..Ramadhan itu ibarat suatu pertandingan di mana setiap peserta diberi keadilan oleh Allah peluang yang sama..Namun natijahnya pasti berbeza berdasarkan prestasi masing-masing.
Seronok juga melihat ramainya orang yang datang memeriahkan rumah Allah ramadhan ni..cuma jangan panas-panas taik ayam.Nanti makin nak habis puasa makin kurang pulak yang datang.
Tahun ni nampaknya tak galak mana pasaraya buat promosi raya,tapi manalah tau kot-kot esok lusa lain pulak jadinya.Jangan terperangkap dengan jarum halus zionis ini.Mereka mau umat islam tidak tumpu pada ibadah sebaliknya ralit bersiap nak raya.(Wal hal puasa entah kemana)
Sesetengah masjid/surau ada anjurkan tazkirah...jangan lepaskan peluang kerna mungkin berkat ramadhan kesan yang maksima akan diperolehi.mana taknya syaitan dah dirantai,tak de gangguan lagi dah.kalu biasa dengan mengantuknya..apanya lagi jadi halangan..
Kalu malas lagi tak tau lah...mungkin tabiat kita sendiri!!

Saturday, September 6, 2008

Lentur hati dengan Quran

Bismillah...
Suatu cara yang Allah ajarkan untuk merai sempena turunnya Al Quran ialah dengan mengenakan kepada hambanya supaya berpuasa.Maknanya alangkah agungnya Al Quran yang kini tersimpan dan berada di riba kita.Maknanya puasa itu hikmahnya bukan satu tapi banyak.Alangkah tidak beruntungnya kita jika tidak menyelami seluruh hikmah puasa itu.
Allah menurunkan Al Quran selain menjadi penghibur kepada jiwa yang duka, ia jua menjadi punca hidayat,rahmat,kesembuhan dan sebagainya.Membacanya sahaja sudah mendapat banyak manafaat apalagi kalau ia dihayati...Bacalah dengan penuh khusyuk dan teliti makna-maknanya.Hati sudah tentu akan tersentuh dan tersedar.Ungkapannya amat lembut dan mengasyikkan.
Jangan ghairah untuk baca banyak hingga matlamatnya hanyalah nak perabih @ khatam nanti bukan manafaat yang dapat tapi mudharat.Ingat hadis Baginda"Betapa ramai pembaca Al Quran sedangkan Al Quran sedang melaknatnya.."Wal iyazabillah.

Friday, September 5, 2008

Bismillah...
Hari keenam berpuasa, hati masih tak terasa dilentur oleh amalan yang dilakukan,mesti ada masalah.Nabi bersabda "Ketahuilah bahawa hati itu boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi..."cuba muhasabah kot-kot kita sebenarnya sedang alami fenomena ini.Paling takut lagi kalau hati kita sampai ke peringkat sudah mati.Sarjana Islam mengatakan jika hati dah mati hidup ini hanya ibarat bangkai hidup sahaja.
Program berbuka puasa mula dilaksanakan sari dua ni..Alhamdulillah bila kita dapat sumbangkan rezki Allah untuk dikecapi oleh orang lain, tapi bukan untuk dibangga-bangga.
Jangan sampai tahap membazir dan elakkan dari mengadakannya dengan diupah ceterer yang tidak bertaqwa...solatnya di mana,auratnya tidak dijaga....
Keberkatan dijauhkan Allah bilamana rezeki yang kita suap tidak dari punca yang baik.Kesian orang yang datang berbuka kerana mereka tidak tahu apa yang kita hidangkan,bahkan sanggupkah kita menanggung risiko puasa mereka yang tercalar dek rezeki yang kita hidang kepada mereka tidak dari punca yang Halal Baik lagi Berkat

Monday, September 1, 2008

Jana Sifat Hamba

Bismillah...
Hari kedua Ramadhan tentunya lebih selesa kan..?Hati manusia ini amat sensitif dengan persekitaran bahkan pemakanan pun.Berbuka secara berjamaah (sekeluarga @ berjamaah di Masjid lebih afdhal)tentunya akan membangkitkan ukhuwah yang mantap.Bukan soal kuih yang dibawa tapi rasa ngin mengongsi rezki Allah itu yang utama.Mujahid HPA jangan lepas peluang ini..Jangan solat maghrib sorang-sorang.Rebut Fadhilat Jamaah yang kurang direbuti orang lain.Takkan nak korban berbuka dengan keluarga susah sangat..Allahu Akbar...Tak patut jadi begitu..kan?
Bila berbuka secara berjamaah tentunya kita bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat..hati mana tak terkesan apabila melihat juadah yang mereka bawa.tak semewah kita mungkin hanya "Jemput-jemput pisang" je?.Hati kita mungkin mengomel eleh! kuih ni pun bawak kat sini...Masya Allah!Comel tak bisikan hati sebegini?Allah maha mendengar,tak takut ke?Rezeki Allah sama sahaja sedap atau tak bukan perkiraannya.Lagi pu sedap hanya ketika dimulut saja bila dah masuk perut tak ada beza lagi dah...
Belajarlah berqanaah kerana sebalik sifat itu ada rahmat dari Allah.
Dengan Nama Allah...
Hari ni hari pertama kita menikmati hidup bertemankan Ramadhan,terasa kelainan kan?kemarin baru kita kita meninggalkan Syaaban tanpa berpuasa seperti biasa tapi hari ini terasa kesyahduan meskipun perut sedikit teruji dengan rasa kosong tapi hati gembira & tenang.Benarlah sabda nabi yang membilang fadhilat Ramadhan begitu hebat tidak terhingga.
Tapi hari ini ana ada terdengar suatu suara "Hari ni sehari,baki lagi 29 hari..."Masya Allah maksud apakah ini?apakah orang yang bersuara tidak gembira dengan Ramadhan?Seolah ingin cepat menghabisi Ramadhan...itu baru satu suara...bagi ana suara itu membayangkan hatinya...Astaghfirullah..Janganlah hendaknya sampai jadi begini.
Tiada lagi kesempatan paling terbaik selain Ramadhan,nah apa lagi yang kita tunggu?Semalam berlalu memberi erti samada telah kita manafaatkan atau sebaliknya.Yang berlalu tidak dapat dipulangkan semula.
Tetapkan apa matlamat Ramadhaniah yang kita cari supaya Ramadhan ini bakal memberi erti yang terbaik buat kita.
Cahaya "Nur",Hidayah,Sakinah,Rahmah,Bimbingan Allah dan lain-lain adalah "Okazion" yang Allah janjikan.
Carilah masa terbaik untuk kita bermunajat kepada Allah,indah rasanya bila kita boleh menitis bermanja dengan Allah.Nabi Bersabda yang maksudnya"Dua mata yang tak akan dibakar neraka akhirat nanti pertama,mata yang mengalir kerana takut kepada Allah,kedua Mata yang berjaga kerana perjuangan pada jalan Allah...
Ya Allah kurniakanlah kami salah satu atau kedua-dua jenis mata ini...Amiin

Saturday, August 30, 2008

Merdeka!Merdeka!Merdeka

Bismillah...
Syukur kepada Allah atas kurnianya..
Sering kita diperdengarkan,generasi baru kini tidak menghargai nikmat kemerdekaan.Tiada lagi sorakan merdeka dari mulut mereka,yang ada kerja gila tampal jalur gemilang di kenderaan lepas tu racing gila-gila tanpa fikir risikonya cedera atau mati.
Merdeka bagi seorang rakyat Malaysia beerti bebas dari belenggu penjajah.Tapi bagi seorang hamba Allah belum cukup sekadar itu,ada tambahan lagi merdeka fikiran,merdeka jiwa,merdeka cara hidup dan segala-gala jenis merdeka lagi yang membawa erti Ubudiah kepada Allah Taala.
Hamba yang merdeka tidak boleh hidup sewenang-wenangnya mengikut naluri dan nafsu sendiri.Allah yang menentukan agar hambanya wajib mengikut kehendaknya meskipun kadang kala nafsu tidak menyetujui.Baginda Nagi bersabda yang maksudnya"Tidak sempurna iman seseorang hinggalah ia berjaya menjadikan nafsunya menuruti apa sahaja yang aku bawakan (Syariat Allah)"
Mana mungkin hamba yang merdeka mencampuri yang baik dengan yang buruk kalau tidak semata-mata kerana ingin memenuhi tuntunan hawa nafsunya.Lihat sahaja program coundownt merdeka...Di masjid dianjurkan solat hajat dan yasin (bahkan sesetengahnya berqiamullail lagi) di padang artis dan pimpinan negara terkengkeng-terkoyak melalaung dan melalak..Astaghfirullah..
Di satu sudut lagi Figur sexs luar negara didatangkan khas untuk menghiburkan ummah "merdeka" ini.
Syukur sebagai ahli HPA kita sedar segala ini.PBC mengingatkan kita bahawa ini adalah antara perancangan musuh yang kita namakan projek '4F'.
Teruskan bekerja wahai pejuang HPA sekalian!Ummah sememangnya sedang leka tapi siapakah yang akan menyelamatkan mereka kalau bukan kita.Kenang dan hayati hadis ini "Barangsiapa yang tidak ambil tahu hal ehwal muslimin maka dia bukan dari kalangan mereka"

Friday, August 29, 2008

Pesanan untuk ABHAM Group

BISMILLAH...
Salam Ukhuwah...
Ikhwah ahli HPA sekalian khasnya dan muslimin sekelian amnya bersyukurlah bila mana kita sempat menemui Ramadhan Al Mubarak kali ini.Peluang perlu direbut dan jangan sia-siakannya.Allah kurniakan peluang ini bukan semata-mata suatu kemuliaan tapi terselit padanya tanggungjawab dan kewajipan.Nostalgia kegagalan tahun-tahun lalu jangan diratapi semata-mata bahkan mesti berusaha agar jangan berulang lagi.
Ana mengharapkan pejuang HPA yang dirahmati agar melipat-gandakan usaha untuk bertaqarrub kepada Allah,jangan hanya "Ralit" berniaga dan mencari rakan niaga.Ana tidak gembira andainya bonus anda meningkat tapi taqwa berlaku sebaliknya.
Quran mesti menjadi teman sejati,zikir sentiasa membasahi bibir..ini etika kita "Group ABHAM" yang dikasihi.
Kemuncaknya bersyukur jua kerna Allah ikatkan ukhuwah sesama kita,apalagi bersama HPA terasa seriusnya hidup ini,ada makna dan hidup bermatlamat.
Teruskan usaha,selamatkan rakan taulan dan keluarga agar mereka kan bersama meminati perjuangan sesuci ini.

Sunday, August 24, 2008

Alhamdulillah Summalhamdulillah...
Allah berikan kekuatan pada kami penggerak HPA Dungun untuk mengendalikan sekali lagi PBC dengan kehadiran mencecah 60 orang.Anda tentu ingin mengetahui apa itu PBC kan?emm...ruang ni tak mampu menceritakan segalanya..cukup lah ana katakan ianya adalah suatu produk HPA untuk membentuk syakhsiah diri yang kami slogankan "Tukar orang jadi orang"
ingin mencuba? hubungi ana di E-mail sebelum ini.
Allah temukan kami dengan HPA hingga kami seolahnya berada di satu dunia yang tersendiri yang penuh kemanisan dan kebahagiaan..Perjuangan politik yang di satukan dengan perjuangan ekonomi yang sungguh bermakna,,Alhamdulillah..

Monday, August 11, 2008

Assalamualaikum warahmatullah...
Maafkan saya kerna tak berapa mahir mengaktifkan blog ini maklumlah baru cuba2,nanti ana akan usahakan hingga mahir dan akan manfaatkan semaksima mungkin sebagai medium menyebarkan fikrah.insya allah.
Asasnya blog ini akan memasarkan fikrah yang meliputi pelbagai topik,akidah,akhlaq,sosial dan sebagainya...Dan yang pentingnya selaras dengan matlamat dan sasaran perjuangan HPA.
Anda boleh berinteraksi dengan ana melalui e-mail (ct.just@yahoo.com)
Moga kita akan dapat saling mengikat hubungan ukhuwah islamiah untuk saling nasihat-menasihati dan membina.

Monday, July 7, 2008

salam ukhuwah

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam perkenalan
Hidup ini akan beerti andainya dipenuhi dengan perjuangan
Namun perjuangan itu akan lebih beerti jika disuburi dengan ukhuwah
Ukhuwah akan subur jika asasnya akidah
Akidah itu akan benar jika sumbernya Quran dan Sunnah

test

test