Monday, September 29, 2008

Bismillah...
Malam ni adalah peluang terakhir untuk kita bermesta dengan tetamu mulia Ramadhan,besok beliau akan berangkat pulaang meninggalkan kita..sahabat semua tidak terasa pilu kah di hati bila nanti kita ditinggalkan lagi...
Soalan penting perlu anda semua jawab...Setakat manakah Ramadhan kali ini memberi bekas kepada pembentukan jiwa hamba yang hakiki kepada Allah...Sifat Mahmudah apakah sudah berbenih di hati?..Ramadhan sebenarnya bulan merekrut pejuang di jalan Allah dengan latihanlatihan lasak khas untuk membentuk spiritual yang tinggi.Taqwa yang menjadi objektif kepada puasa itu sebenarnya adalah rahsia kemenangan Umat Islam dalam perjuangan mereka sejak dahulu lagi.Firman Allah yang bermaksud"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan mereka yang suka berbuat kebaikan"
Pemimpin yang bertaqwa adalah pemimpin yang dipandu Allah dalam kepimpinannya.(Di sini letakknya kewajipan melantik pimpinan politik yang ada sifat taqwa).Guru yang bertaqwa adalah guru yang dipandu Allah untuk melahirkan generasi Quran yang unik.Anak yang bertaqwa adalah anak yang pastinya sentiasa berdekatan dengan Allah untuk memohon agar Allah merahmati kedua orang tuanya.Dan peniaga yang bertaqwa adalah peniaga yang sudah tentu tahu bahawa adalah kewajipan pada diri mereka berbisnes untuk Ummah (bukan semata-mata untung peribadi)
Kerna itu Allah yang maha tahu menggezetkan sebulan Ramadhan untuk melatih jiwa Ummah agar bersedia memikul tanggungjawab perjuangan dalam hidup mereka.Rugilah mereka yang berRamadhan tapi gagal memahami hikmatnya dan gagal mencipta diri menjadi Muttaqin hingga dalam hidup seharian tiada Allah yang istimewa dalam jiwa sanubarinya...
Ya..Allah!!!Engkau kurniakan peluang yang sama untuk kami semua,namun kejahilan menjadikan kami gagal memenangi perlumbaan ini.

No comments: