Monday, May 30, 2011

IMPIAN YANG MEROSAKKAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai seorang penaja,perasaan ingin membimbing tajaan adalah suatu perasaan yang sentiasa hidup sepanjang masa hingga klimaksnya ialah tajaan itu mampu berkendiri atau berjaya mencapai apa yang kita bayangkan kepadanya sebagai cita-cita dan impian.

Kejayaan mereka adalah suatu hadiah dari Allah buat kita,hidup mereka mula punya disiplin halal haram,penampilan hidup muslim mula berputik dalam hidup mereka selain bibit keluasan rezeki halal mula mereka kecapi..”Jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui hasil usahamu adalah lebih baik bagimu dari unta merah (harta paling berharga buat orang arab ketika zaman nabi)”

Perasaan ingin melihat anak buah berjaya sentiasa membara di hati,sentiasa berusaha mencari jalan ke arah itu,kerana di peringkat awal downline adalah seumpama “bayi yang tiada kemampuan apa-apa selain menangis bila kelaparan dan ditinggalkan.”

Pun begitu tidaklah pulak bermakna “semuanya kita”hingga mencari tajaan,maintain nilai mata segalanya kita yang buat…itu budaya subsidi namanya.Tugas kita sebenarnya menyediakan “guide” adapun yang buatnya adalah dia,ada banyak kes kita jumpai seseorang upline melakukan segala kerja tadi demi seorang downline,ini semua memberi )2( tasawwur,pertama dia terlalu memanjakan downline (sudah tentu menyusahkan dia selamanya) kedua namanya downline PROKSI, tentu kita tidak seronok dengan mainan system ini kerana sebuah kejujuran menjadi mangsa kepada nafsu serakah inginkan bonus yang besar.Kita beli produk banyak-banyak lantas kita faraidhkan pada boneka-boneka kita itu.Mungkin ada yang seronok berbuat demikian kerana “SIAPA PUN TAKKAN TAU”

Beza MLMS kita dengan MLM orang lain secara dasar antaranya adalah ujudnya kejujuran..kejujuran itulah yang akan melahirkan ketenangan dihati sedang ketidakjujuran itu pula mendatangkan kerunsingan.

Apa gunanya berbonus besar jika siang malam hati dirundung runsing,jiwa tidak tenang,nak mengaji quran pun sering terganggu,apatah lagi ketika solat tentu tiada kekhusyukan,zikir tidak memberikan kelazatan dan pelbagai lagi bentuk-bentuk yang menjadi manifestasi dari tiadanya keberkahan dari ilahi…

Kita ingin merealisasikan sepatah kata “hidup ibadat” ertinya semua tindak tanduk kita biarlah semuanya mendatangkan pahala ibadat kepada kita,bermula bangkit dari tidur hingga kembali meletakkan kepala di malam hari..”Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku adalah semata mata untuk Allah..”

Saturday, May 14, 2011

Penyeru Ke Pintu Neraka

G

Kerja MLM adalah persis kerja dakwah,kerna kita sentiasa perlu untuk membesarkan jaringan@network,siang malam kita berusaha mengenal pasti prospek samada rakan taulan,saudara mara dan sebagainya

Kerja menberikan penjelasan tentang syarikat,produk,bahkan perjuangan MLM ini adalah kerja mengajak (dakwah),Wajar kita menguasai skill dalam memberikan penjelasan yang mempersonakan agar siapapun yang mendengarnya akan terpikat langsung berminat untuk menyertai jaringan bisness kita.

Tahukah kita bahawa kita akan dipertanggungjawab atas kerja dakwah yang kita lakukan ini?Terkadang bila kita silap memberikan focus dalam penjelasan tadi nanti akan lahir downline yang tercorak sebagaimana warna penjelasan kita.Akan lahir downline yang siang malam mencari jalan untuk mencapai bonus tinggi kerna itu semangat yang kita titipkan seawal pertemuan kita dengan dia dulu.Sampai masa kita sendiri sudah tidak mampu lagi menyekat nafsu gilanya untuk mencapai bonus dan kekayaan sampaikan tidak menghirau halal dan haram,ditinggal habis adab dan akhlaq ukhuwah bahkan solatpun sudah jadi perkara kesampingan,adab dengan isteri orang sudah tiada lagi batasnya.Waliazubillah..

Nah! waktu itu apakah kita bisa berlepas tangan?

Sebab itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika menuturkan bicara kita,hendaklah tahu dengan jelas apa keutamaan kita dalam hidup ini,peta kehidupan hendaklah terang dalam kotak fikiran kita.Seperti kata pepatah arab”mulakan dengan dirimu barulah orang lain”

Sejenak mengimbas sirah perang Badar,bagaimana terpedayanya musyrikin Mekkah dengan bisikan sesat syaitan supaya memerangi dan menyerang Nabi & sahabat hingga sanggup meredah padang pasir menuju ke Madinah demi misi memerangi Muhamad,akidah mereka bahawa Muhamad itu sesat dan perlu disekat sedang yang benar ialah mereka..Tapi ketika terjadinya Badar,sedarlah bahawa mereka telah ditipu apabila syaitan lari bertempiaran ketakutan dan bila ditanya kenapa mereka ingin lari,jawab syaitan “Aku lihat apa yang kamu tak dapat lihat dan sesungguhnya aku takut akan balasan Allah”

Janganlah hendaknya kita tidak mempunyai rasa kebertanggungjawaban seperti syaitan ini,kerana seorang downline itu ibarat kain putih dan kitalah yang bertangungjawab mewarnakan diri mereka sesuai dengan warna yang kita pilih.Tidak didunia,diakhirat pasti kita akan diserbu mereka meminta dibebaskan dari api neraka lalu kita dengan sesal yang bersangatan menjawab “Apakan daya andainya Allah memberi hidayat kepada ku jua nescaya selamatlah aku”