Wednesday, December 16, 2009

Peluang untuk berubah


Bismillah...
Salam Hijrah buat teman Ibham semua,pejam celik-pejam celik sampai kita ke penghujung Zulhijah (beerti kita akan meninggalkan 1431 sedikit masa lagi).
Seorang mukmin semestinya mengambil peluang ini untuk bermuhasabah dan menilai pencapaian diri,peningkatan yang berlaku sepanjang setahun yang berlalu.
Penumpuan kita bukan pada pencapaian duniawi sangat tapi yang penting pada ukhrawi dan pada kekuatan serta ketahanan spiritual.Dunia tidak perlu dirunsingkan sebab Allah dah tentu semuanya (pasti mencukupi untuk keperluan sepanjang hidup kita)tapi aspek ukhrawi Allah perintahkan agar semua bermujahadah dan berjihad..Apa yang kita pernah diberitahu bahawa bila akhirat menjadi tumpuan kita nescaya dunia akan datang melutut,tapi kalau dunia yang jadi igauan dan pujaan hati nescaya hina lah kita,akhirat akan lari..
Kenapa berlakunya hijrah Baginda dan sahabat-sahabat?kerana mereka nampak dunia?sekali-kali tidak..bahkan dunia yang sudah ada lagikan mereka tinggalkan (Baca sejarah Suhaib r.a,Abu salamah r.a dan selainnya).
Hijrah fizikal tiada lagi kini...yang ada hijrah sifat,sikap dan minda).
Perhatikan dengan jujur apa yang masih kurang untuk ditampungi,apa yang cacat untuk dibaiki.Jangan terlalu silaukan kelemahan dan kecacatan orang lain..
Semoga sinar muharram yang bakal tiba membawa seribu pengharapan kepada kita semua..Ya Allah jadikan hidup itu sebagai peluang untuk ku menambah kebaikan dan sekiranya engkau takdirkan mati bagi ku itu sebagai peluang untuk ku berehat dari segala keburukan...Amiin.

No comments: