Sunday, October 26, 2008

Taujihat kita


Bismillah...

Teman-teman IBHAM yang dikasihi,antara pengisian dan persiapan diri sebagai penggerak HPA ialah menjurus kepada melahirkan herbalis yang berkesan.Suka ana nak ajak teman-teman sekelian menghayati kata-kata salah seorang pimpinan HPA yang mengungkapkan"Herbalis adalah sufi"

Tahukah teman apa dan siapa sebenarnya "sufi" itu?Dia adalah seorang yang bersih jiwa,tenang hati dan bercahaya,mempunyai lidah hikmah,mampu merawat bukan sahaja jasad pesakit bahkan jiwa dan akhlaq mereka.Bukan senang untuk menjadi sufi,tapi tidak dapat tidak kalau kita ada cita-cita untuk menjadi aktivis ummah mesti berusaha ke arah itu.

Kita bukan sahaja wajib mencari ilmu, bahkan setiap kita mesti bertemankan guru yang mursyid.Hidup jangan leka dengan dunia ini kerana mungkin kita akan terpaut dengannya yang akan menjadi halangan terbesar dalam usaha kita untuk mendekati Allah.

Dalam berbicara seorang sufi itu penuh bercermat dan berjimat,tapi bila ia bersuara hati pendengar akan terasa sentuhan yang amat.

Malam seorang sufi tidak sunyi dari alunan zikir dan Quran kerana itulah prime time baginya.Hatinya merasa ketika itu hujan hidayat Allah mencurah-curah dan hatinya makin bersinar dari malam ke malam.Kemanisan ibadat benar-benar terasa.

Sufi adalah lulusan Madrasah Rabbaniah yang mana sabar dan tenang adalah trade marknya.

Persoalannya kepada Teman-teman sekelian:Sudahkah kita semua memulakan langkah menuju Allah?Usah merawat orang lain kiranya kita sendiri sakit...

Friday, October 24, 2008

Sabar adalah ubatnya

Bismillah...
Sahabat yang dikasihi tentunya hati kita sentiasa melonjak untuk melihat peningkatan jualan HPA yang sama-sama kita perjuangkan.Bahkan hati kita lebih tertekan mungkin bilamana target kita untuk melonjakkan jualan peribadi tersekat sedikit lantaran banyak produk popular tiada di pasaran.Ana sendiri sering bertembung dengan adegan emosi melampau dari penggiat "baru" kita bila saja mereka menjenguk kepala nak membeli produk yang dihajati tiba-tiba diberitahu "Tak Dok"...Masya Allah!!
Kita sendiri sebagai pejuang yang setia tidak seharusnya hilang kawalan seperti mereka.manakan patut jadi seperti itu kerna kita telah begitu lama mendapat tarbiah samada dari Jamaah Islamiah mahupun dari HPA sendiri.
Meskipun mungkin kita nampak apa-apa kekurangan atau ketidak-pandangan pihak bertanggungjawab HPA dalam masalah ini tapi yakinlah ia jua tidak lari dari kawalan dan percaturan Allah.Adakalanya Allah yang menguji kita sengaja menguji kita di ketika kita benar-benar tidak menjangkakan, lihatlah sebagai contohnya peristiwa pertuduhan munafiq kepada Saidatina Aisyah. Ketika itu Nabi dan para sahabat sedang sibuk menyiapkan diri setelah pulang dari peperangan Tabuk.
Kita bukan mengatakan bahawa kita ini langsung tidak boleh meluahkan apa-apa perasaan kita dalam berdepan situasi begini,tapi utamakanlah etika Islam paling kurang atau lebih baik lagi kita belajar mendidik diri mengawal perasaan kecewa ke apa2.
Sapa-sapa yang joint HPA betul betul kerana faktor perjuangan islam adalah tidak harus mengabaikan akhlaq islam ini kerna kita tidak mahu hanya manis dengan slogan tapi hati penuh dengan kepahitan sifat-sifat mazmumah.

Wednesday, October 8, 2008

Hati-hatilah


Dengan nama Allah...

Syawal sudah masuk hari ke-10 hari ini...puasa syawal dah masuk hari ke???

Sari dua ni kita mungkin disibukkan dengan program solat hajat untuk anak-anak exam..Baguslah kalu hati sentiasa ingatkan Allah saat-saat begini.Satu je ana nak ajak anda semua berfikir.Apakah kejayaan yang kita inginkan anak-anak kita capai itu satu-satunya kejayaan yang kita mau mereka capai?Kenapa perlu ana bertanya soalan ini?? memandangkan kita melihat betapa ghairahnya ibu bapa hadir solat hajat peperiksaan anak-anak mereka,penjual air mineral pun boleh tumpang semangkuk...Di sana sebenarnya banyak jenis kejayaan yang kita kena kejar...kejayaan dalam peperiksaan satu darinya,selain itu ialah kejayaan Aqidah (berjaya ikut ketetapan Aqidah Islamiah-kerna ujian untuk mencapai kejayaan Aqidah tidak kurang getirnya) lihatlah bagaimana salafussoleh terpaksa berhempas pulas dalam mengharungi peperangan dengan syaitan bahkan hingga saat akhir hidup mereka...syaitan hanyalah pelaksana modul peperiksaan Allah (memang sudah kerja syaitan menggongcang aqidah manusia-hakikatnya itu semua adalah juga peperiksaan Allah untuk membuka peluang kejayaan kepada hamba-hambanya yang benar).Sepatutnya ada perasaan bimbang yang teramat dalam sanubari kita "Apakah anak-anak kita mampu bertahan dalam imtihan imaniah mereka di hari-hari ke depan?"cabaran anak-anak akan datang rasanya lebih getir berbanding kita sekarang.

Oleh itu dalam doa kita nanti..ajukan juga permintaan moga Allah bekalkan senjata yang ampuh buat anak-anak mengharungi cabaran dalam hidup mereka.Senjata itu samada Aqidah yang kukuh,ilmu akhirat yang tinggi atau sebagainya.

Jiwa anak adalah bersih dan halus.Islam mengajar cara didikan dan pemeliharaan yang tepat bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dan kehalusan jiwa anak-anak tersebut.Tersilap langkah jadilah kita sebagaimana Hadis Nabi "...maka ibu bapalah bertanggungjawab mengakibatkan anak-anak jadi Yahudi,Nasrani atau majusi."Kita sebagai ibu bapa mesti prihatin terhadap pembesaran anak-anak,apa yang mereka makan,apa yang mereka pakai, hiburan mereka dan permainan mereka sudah tentu mempengaruhi jiwa dan aqal mereka..

Selain ada saranan nabi supaya kita beri anak-anak amalkan seperti madu,kismis,jadam dan sebagainya,jangan kita lupa nabi jua ajar agar kita hati-hati jangan ter"beri" sesuatu yang menggelapkan hati mereka.

Tak payah sebenarnya nak melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka.yang payah ialah untuk melihat anak-anak jadi "Orang" dalam erti kata sebenarnya.

Wednesday, October 1, 2008

Ahlan Ya Eid



Bismillah...
Selamat menyambut hari lebaran,moga kasih kita bersama HPA kan mekar semekar buka ini.
Tentunya kita semua gembira kerana Eid ini.Tapi mari kita cuba memahami apa itu erti "Eid".Ia bererti kembali dan bilamana digabungkan dengan "Fitri" beerti kembali menjadi suci sesuci fitrah.Bersih akidah,akhlak,emosi,harta bahkan jiwa raga jadi seperti yang Allah kehendaki.Tiada lagi karat-karat akidah jahiliah dlm fikiran kita,tiada lagi perangai yahudi nasrani yg menjadi daki akhlaq kita,harta haram jua sudah tiada lagi dlm hidup kita dan yang penting perjuangan hidup mesti perjuangan yang berasaskan aqidah dan bukan berasaskan keturunan,emosi dan kebendaan.Semua itu hanya perjuangan fatamorgana shj.
Hari ini kita buka lembaran diary baru semoga kita sendiri tidak akan mencemarinya lagi selepas ini.
Ampun maaf dari ana buat semua dan satu ingatan buat teman-teman IBHAM selepas ini kita akan lipat gandakan lagi usaha perjuangan kita,jgn ada yang tercicir atau dicicirkan selepas ini.Moga kekuatan dan semangat jihad Ramadhan akan menjadi bekal untuk kita meneruskan perjalanan yang berliku ini.