Tuesday, December 29, 2009

Panduan Tahun Baru

Bismillah..
Tahun baru masihi bakal menjelang..tanpa prejudis apa-apa kita boleh menjadikan penghujung 09 ini sebagai sempadan untuk menyelongkar segala kesilapan lalu dan merangka peta kejayaan untuk menempuh 2010.
Bersiap dengan seluruh jiwa raga untuk menerima perubahan dan pencapaian terbaik dalam hidup kita.Jangan hanya pasrah dengan yang sedia ada,tapi biar ada rasa "tidak cukup dan tidak puas"terutama dalam hal pencapaian ibadah mahupun perjuangan kita ini.
Setiap orang mesti menetapkan target dan paras kejayaan supaya akan ada perancangan ke arah itu.Jangan diambil kira perkara "Koteh-koteh" kerana di mata pejuang hanya nampak destinasi kejayaan"
Setiap yang ingin pergi lebih jauh mesti sentiasa menambah input dalam diri..(ilmu,akhlak dan ubudiah pada Allah).
Sentiasa bersama teman agar diri tidak terseleweng.

Sunday, December 20, 2009

Kemana hala pergi kita?

Bismillah...
Sudah lihat @ teliti insentif Taawun 2010 HPA?rasanya tiada yang miss menghayati pulangan-pulangan yang lumayan yang disediakan oleh pihak syarikat..
Sebenarnya insentif yang ditawarkan bukanlah suatu kewajipan pihak syarikat,tapi ianya merupakan inisiatif syarikat untuk merai kesungguhan pengedar dan sebagai suatu cabaran buat semua untuk saling mempunyai semangat perlumbaan..
Cumanya bagi penggerak yang melabelkan diri sebagai pejuang Islam (melalui wadah perniagaan) ada satu lagi insentif yang mereka tunggu iaitu "insentif rabbani"Perhatikan maksud Hadis Baginda ini"Orang yang menunjukkan jalan kebaikan kepada orang lain mendapat pahala persis pahala orang yang menurutnya"dan kita yakin"Insentif akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
Para hartawan di kalangan sahabat dahulu juga mempunyai target dalam keusahawanan mereka,nak untung,nak berjaya dan lain-lain lagi..Tapi cuba lihat bila mana mereka berjaya,kemana perginya pulangan material yang mereka dapat kalau tidak ke poket mustadhafin dan jamaah..Dengan kewanganlah Abu Bakar guna untuk membebaskan rakannya Bilal dari belenggu perhambaan,dengan hartanyalah Uthman membeli telaga dari Yahudi dan kemudian mewaqafkannya untuk kegunaan muslimin...dan lain-lain cerita..
Ingin benar ana nak tanyakan rakan IBHAM setakat bonus yang anda telah perolehi pernahkah ia tumpah @ meleleh ke poket fuqara wal masakiin?
Marilah kita sedarkan diri bahawa ujian senang yang Allah timpakan pada kita jarang kedapatan orang yang berjaya melepasinya dengan baik..berdoalah agar kita tidak menjadi kelkatu-kelkatu yang gugur bertaburan ke lantai sedang masing-masing sebenarnya sudah melihat dan menatap gugurnya rakan-rakan yang terdahulu.

Wednesday, December 16, 2009

Peluang untuk berubah


Bismillah...
Salam Hijrah buat teman Ibham semua,pejam celik-pejam celik sampai kita ke penghujung Zulhijah (beerti kita akan meninggalkan 1431 sedikit masa lagi).
Seorang mukmin semestinya mengambil peluang ini untuk bermuhasabah dan menilai pencapaian diri,peningkatan yang berlaku sepanjang setahun yang berlalu.
Penumpuan kita bukan pada pencapaian duniawi sangat tapi yang penting pada ukhrawi dan pada kekuatan serta ketahanan spiritual.Dunia tidak perlu dirunsingkan sebab Allah dah tentu semuanya (pasti mencukupi untuk keperluan sepanjang hidup kita)tapi aspek ukhrawi Allah perintahkan agar semua bermujahadah dan berjihad..Apa yang kita pernah diberitahu bahawa bila akhirat menjadi tumpuan kita nescaya dunia akan datang melutut,tapi kalau dunia yang jadi igauan dan pujaan hati nescaya hina lah kita,akhirat akan lari..
Kenapa berlakunya hijrah Baginda dan sahabat-sahabat?kerana mereka nampak dunia?sekali-kali tidak..bahkan dunia yang sudah ada lagikan mereka tinggalkan (Baca sejarah Suhaib r.a,Abu salamah r.a dan selainnya).
Hijrah fizikal tiada lagi kini...yang ada hijrah sifat,sikap dan minda).
Perhatikan dengan jujur apa yang masih kurang untuk ditampungi,apa yang cacat untuk dibaiki.Jangan terlalu silaukan kelemahan dan kecacatan orang lain..
Semoga sinar muharram yang bakal tiba membawa seribu pengharapan kepada kita semua..Ya Allah jadikan hidup itu sebagai peluang untuk ku menambah kebaikan dan sekiranya engkau takdirkan mati bagi ku itu sebagai peluang untuk ku berehat dari segala keburukan...Amiin.