Friday, March 4, 2011

Manusia luarbiasa?Tidak!!

Assalamualaikum...
Menghalusi nasyid Sajak Usahawan Sejati seolah-olah baru pertama kali mendengar (walaupun sudah bertahun mengenalinya) lantaran konsep deklamasinya yang berubah kepada bentuk nasyid..Syukurlah kerana ia bukan semata-mata sebuah sajak,tetapi lebih kepada suatu lakaran halatuju dan hasrat hati kita bersama sebagai sebuah perjuangan "Produk halal tanggungjawab bersama" dan "Ke arah merealisasikan perubatan Tibbun Nabawi ".
Menurut kata Tok Guru Tok Pulau Manis (setakat dimaklumi kepada saya):"Untuk mencipta sesuatu yang luar biasa kita mesti bekerja secara luar biasa"
"Khalid Al Walid"adalah suatu nama yang tidak ada orang yang tidak mengenalinya di kalangan kita.Mendapat jolokan "Pedang Allah" tidak pernah kalah dan tidak pernah mengenali istilah mengalah dalam mana-mana perang yang disertainya.(100 kali perang yang dia ketuai lebih kuyrang)bukan kerana dia manusia luar biasa dari segi fizikal,tapi luar biasanya adalah pada mindanya,kerjanya,perancangan dan apa sahaja yang patut ia luar biasa termasuklah hubungannya dengan Khaliqnya.
Suatu ketika ketika dia dan gerombolannya terkepung dek kerana licik musuhnya,membuatkan tenteranya kehabisan dan kekeringan air bekalan,hampir sahaja melemahkan semangat tenteranya untuk meneruskan serangan,tambahan musuh masih kebal dihadapan dengan jumlah yang berlipat kali ganda banyaknya.Terfikir dia dikala itu untuk mengerahkan semua tenteranya untuk menunai solat hajat memohon Allah menurunkan hujan,lantas sejurus selepas solat itu turunlah hujan yang lebat,bukan sahaja menyelesaikan keperluan tentera muslimin ketika itu bahkan membuatkan musuh pula terkepung dengan kebanjiran air hujan yang membuatkan mereka kelemasan dadn dihanyutkan oleh air banjir limpahan dari sungai yang pada asalnya adalah kubu kekuatan mereka.Alhamdulillah...
Wajar kita menghalusi rangkap sajak Usahawan Sejati ini secara praktikal sehingga jadilah kita sebagai "Jail Al Mansyud"generasi perubah yang ditunggu-tunggu..