Monday, November 24, 2008

Paling susah jaga hati

Bismillah..
Hidup ini penuh rahsia, adakalanya rahsia itu boleh terbongkar dan adakala ia tersimpan kemas dalam hidup seseorang hingga membawa kepada hari matinya.
Dalam perjuangan ini seringkali kita diperingatkan "jaga hati dari penyakit-penyakit tidak jujur,ikhlas,syak wasangka sesama sendiri dan berbagai lagi".Imam Al Banna menegaskan bahawa ukhuwah itu mempunyai martabatnya tersendiri dan martabat ukhuwah yang paling minima ialah sejahtera hati dari perasaan syak @ tidak jujur sesama sendiri.
Seseorang itu boleh saja menggangguk @ menggeleng kepalanya tika dinasihat atau ditegur agar bersikap jujur sesama teman seperjuangan namun Allah lebih mengetahui rahsia sebenar samada dia benar-benar menerima atau tidak nasihat dan teguran itu.
Tapi perjuangan yang benar yang Allah sendiri menjaganya, Allah takkan biarkan parasit-parasit perjuangan itu berleluasa hidup menjadi beban pada perjuangan lalu akan ada proses penyaringan @ pembersihan.
Akan terbongkarlah rahsia yang selama ini ia simpan kemas-kemas.Moga Allah memberi taufiqnya kepada kita hingga tidak ada rahsia yang kita simpan sesama kita.Dan Allah akan jaga perjuangan ini selama orang-orang bersih ini wujud menjadi tulang belakangnya.Ya Allah jadikan kami setia kepada perjuangan ini..!!

Thursday, November 20, 2008

Panduan untuk IBHAM Group

Bismillah...

Sahabat yang dikasihi,tentunya sebagai penggiat MLM kita sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan downline...Bandingkan antara dua situasi ini:1)Seorang pengedar yang mengamati setiap orang yang ditemui dengan fikiran "dia ni ok kut,boleh buat bonus ni,@ boleh makan ni"tentunya pandangan dia terhadap prospek tadi semata-mata atas asas potensi MLMnya.2)Seorang penggerak HPA yang merenung jauh-jauh pada seseorang setelah timbul di fikirannya pengetahuan bahawa seseorang itu begitu lama tenggelam dan hanyut dengan kehidupan di luar batas syara'...makan minumnya banyak yang haram @ syubhah,sumber ekonominya tidak dipastikan sah,kalau ia mengalami ujian kesihatan ia sering mengeluh bahkan tidak menghiraukan ubat apa dia makan atau perubatan cara apa yang ia dapatkan.

Kita pejuang islam (ikut chanel ekonomi @ bisness) hendaklah teliti dan berhatihati dalam dan luar, zahir mahupun batin.Mereka yang kita tarik jadi ahli Hpa adalah kerana nak selamatkan mereka dan bukan semata-mata kerana orang tu boleh buat duit untuk kita.

Sukakah kita KALAU ORANG MEMPERLAKUKAN DEMIKIAN TERHADAP KITA? mereka anggap kita sebagai prospek semata-mata.

Nabi berpesan"Tidak beriman seseorang kamu selagi tidak ia mengasihi temannya sebagai mana ia mengasihi diri sendiri.Hati-hatilah!!!

Saturday, November 15, 2008

Sabar & Istiqamah


Bismillah...

Sabar dan Istiqamah adalah 2 nikmat yang payah sebenarnya untuk kita miliki.Sering kita merasa bahawa kita sudah memilikinya namun benarkah?sudah terujikah kita?setakat mana ujiannya?

Bercakap tentang keberadaan kita bersama HPA, cuba tanya diri kita sendiri..udah berapa lama bersama HPA?10 tahun?,5 tahun?setahun?sebulan?belum mendaftar?..Sesungguhnya semua kadar masa itu belum cukup untuk kita mendabik dada bahawa kita sudah lulus ujian sabar & istiqamah bersama HPA.

4 Tahun ana bersama HPA,tidak banya lagi teruji,yang ada sikit-sikit.Perjuangan kita adalah perjuangan yang selaras dengan perjuangan Islam itu sendiri.Dengarkan maqsud firman Allah ini.:Alif,Laam,Miim,Apakah manusia itu mengira bahawa dia yang berkata "aku beriman" sedang ia tidak akan diuji?Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji golongan terdahulu dari mereka maka Allah mengetahui siapakah dari kalangan mereka yang benar-benar beriman...."

Dulu ada orang keluar dari HPA kerna produknya yang dikatakan tidak menarik,tidak sentiasa bertambah dan lain-lain,ada yang tercicir kerana dikatakan bonusnya lambat & tidak selumayan MLM lain,ada yang frust kerana karenah-karenah birorasi dan lain-lain.

Cuba positifkan menteliti kita atas apa sahaja yang kita anggap kelemahan itu,kerana sebagai seorang mukmin kita sedar sabda nabi"Menakjubkan perihal seorang mukmin,semua yang berlaku kepadanya adalah baik,andainya ditimpakan kesusahan (perkara negatif)dia bersabar maka jadi baik baginya,dan andainya ia beroleh kegembiraan dia bersyukur maka jadi baik baginya..."

Pernah tak anda mendapati bonus anda tidak lumayan sebagaimana dicitakan?pernah tak anda terfikir ketika itu,mungkin itu adalah percaturan Allah kepada anda supaya mengecap sedikit ujian perasaan sabar.atau anda bertanya bonus yang telah diperolehi bulan-bulan lalu ke mana perginya?berapa % anda beri kepada orang lain?

Ada yang tidak boleh bertahan bila diuji berdepan dengan godaan rakan niaga MLM yang lain..Ana tak bercadang untuk menghalang tapi sila renung baik-baik persoalan ini.1)Apa sebab anda berjuang bersama HPA selama ini?bukankah kerna Ukhuwah islamiah dan kerana halalnya MLM HPA ini..?2)Fahamkah anda selok-belok dimana membezakan kita dengan MLM lain?Plan Marketing kita telah terbukti dikaji oleh ulama yang berautoriti,kerna itu kita bertahan hingga kini.Ana sendiri tidak ingin membimbing anda semua kalau tiada keyakinan,dan kita ber"MLM" kerana ingin menonjolkan suatu bisness multilevel islamik total yang bukan sekadar gimik dan lakunan.

Kalau kerana tak sabar menanti bonus yang lumayan bersama HPa,sila tanyakan pada anda persoalan ini, 1)Sudah kah anda memahami betul2 cara kerja HPA? 2)Setakat mana usaha anda?apakah sudah all out masa,tenaga bahkan kewangan? banyak sikit hasil yang kita dapat adalah bergantung kuat pada tahap usaha kita di samping tawakkal pada Allah.

Oleh itu kemanapun kita pergi tetap kita tak akan berjaya sekiranya negetif thinking menjadi penyakit pribadi kita....ubah dulu diri kita kalau nak berjaya kerana ana pun dulunya seperti anda tapi sedikit-demi sedikit bila perubahan terjadi maka hasilnya kini boleh dibanggakan.

Sunday, November 2, 2008

Malamih Iman

Bismillah...
Perjuangan ini akan lebih terasa manis oleh setiap jiwa yang memiliki iman yang sejati...Mari sama-sama kita merenung akan salah satu tanda kesejatian iman yang diberitahu oleh junjungan besar kita Muhamad S.A.W:"Barang siapa yang merasa gembira dengan berbuat kebajikan dan merasa gelisah dari perbuatan dosanya,maka dialah seorang yang beriman"
Kata saidina Ali Karramallah wajhah:"Jadilah engkau semua lebih memperhatikan kepada diterimanya amal daripada amal itu sendiri.Kerana tidak sedikit amal yang tidak diterima"
Apakah teman-teman semua beranggapan keberadaan kita dalam HPA ini sebagai suatu pilihan Allah untuk kita terlibat dalam usaha Dakwah Islamiah yang membawa kepada janji Allah untuk menerima anugerah pahala dariNYa atau sebaliknya hanya sekadar suka-suka mencari sedikit kebebasan ekonomi.Nah kalau teman semua terasa beban dakwah bersama HPA Alhamdulillah itu tandanya teman-teman sekelian sedang berada di atas landasan yang tepat.
Kita sama-sama merenung suatu penegasan dari Syeikh Abdullah Al Haddad yang menyatakan "Maka janganlah engkau putus dari mengakui kekuranganmu dalam memenuhi kewajipanmu atas hak Allah atasmu walau bagaimana besarnya kesungguhan dan kerajinanmu dalam berbuat taat kepadanya....
Hati-hatilah engkau, jangan sampai mengotori pakaian keimananmu dan mencoreng muka hatimu dengan melakukan apa yang telah dilarang oleh tuhanmu,setiap kali terjadi suatu dosa maka hendaklah engkau cepat-cepat bertaubat dan perbaiki rujukmu kepada Allah"