Friday, September 25, 2009

Taqwa bekal kita semua

Bismillah...
Ramadhan berlalu meninggalkan seribu satu kesan,kenangan dan pengalaman..Hati semakin lentur dengan syariat,terasa sangat bagaimana rahmatnya Allah dalam menjaga hambanya bahkan menyediakan pelbagai habuan untuk diraih oleh hambanya yang beriman lagi berminat.
"Taqwa" bukan sekadar perkataan mainan bibir,tapi ia suatu mekanisma dari tuhan untuk kegunaan hambanya sepanjang hidup agar dapat mencari sebanyaknya bekal ke akhirat.Bahkan ia jua sebagai alat ruhi untuk mendisiplin dan menjaga menyelesaikan masalah kehidupan hamba.
"Taqwa" adalah keperluan setiap diri,keluarga dan masyarakat,pemimpin dan orang yang kena pimpin,majikan dan pekerja,penjual dan pembeli,Leader dan Downline MLM dan termasuklah MLM(S) HPA.
Menaja kena atas dasar Taqwa
Membimbing @ Servis line kena ada Taqwa
Mempromote produk tidak lari dari garis Taqwa
Meeting mingguan kena selaras dengan sifat Taqwa
Merawat lagi lah kena berhati-hati agar tidak mencalarkan Taqwa
Pendek kata Taqwa mesti sentiasa di hadapan setiap tingkah laku kita,baru selamat jalan yang kita rentasi ini..
Kenapa Hartawan sohabi dulu terkenal hingga kini?bukan kerana kejayaan mereka menempa keuntungan berjuta sahaja tetapi kerana sepanjang profesyen mereka berjaya menjaga Taqwanya secara menyeluruh..tiada Riba,jujur,ihsan dan reti menumpahkan keuntungan kepada yang berhak, bahkan perjuangan Nabi ditunjangi oleh mereka melalui infaq harta dan jiwa raga.
Terkadang kita boleh memberi harta kita untuk perjuangan,tapi kita sendiri sekadar menjadi penonton di luar gelanggang..
Taqwa itu ukurannya ialah setakat mana keterikatan hidup kita dengan Quran,semakin tinggi Taqwa semakin mencaknai kita untuk menatap,melaksana dan memperjuangkan Al Quran.
Pejuang HPA jangan gembira dengan bonus yang lumayan,pengkat yang glamour jika hidup tidak mendampingi Al Quran dan masjid...jika tidak sia-sia sahaja latihan sepanjang Ramadhan yang kita lalui baru-baru ni..."Betapa ramai orang berpuasa..TIADA DAPAT IA DARI PUASANYA MELAINKAN LETIH DAN DAHAGA...Wal iazubillah..

Monday, September 14, 2009

GEMBIRA SETELAH HASIL

Bismillah...
Malam 25 Ramadhan berlalu sudah..ada yang berpeluang memakmurkannya dan ada yang tidak..Apa rasanya?mungkin ada yang tak terasa apa-apa..nabi mengulas sifat seorang mukmin yang sejati"....bila mana mereka berpeluang melakukan kebajikan & kebaikan.. hati mereka gembira,tapi bila tidak dapat melakukannya atau tak sengaja melakukan keburukan maka hati mereka terasa sesal lalu memohon ampun dari Allah"
Apakah di hati kita sememangnya mempunyai cita-cita atau tekad untuk mencari keredhaan ilahi @ Lailatul qadar atau oleh kerana orang lain bercakap lailatul qadar terpaksalah kita berlakon konon mencari-cari lailatul qadar macam orang lain jugak...Usah berpura-pura pada diri sendiri!!!
Kita berhak bergembira di aidilfitri nanti atas dayausaha kita sendiri yang menampakkan tanda kejayaannya,namun jika sememangnya kita sendiri sudah merasa sekarang bahawa tiada apa yang kita buat untuk meraih kejayaan dari Ramadhan ini, usah menumpang kegembiraan kita atas hasil usaha orang lain...tiada maknanya...
Buat rakan HPA yang dikasihi,
Selamat ber'iedilfitri' dengan semangat juang baru yang berjaya digarap sepanjang Ramadhan, percaya setiap orang yang berjaya anda taja (dengan niat yang jujur) adalah hadiah tuhan kepada anda yang akan menjayakan sabda junjungan "Pabila mati seorang anak adam maka terputuslah peluang pahala dari amalnya kecuali dari 3 sumber..(Pertama:Ilmu (dakwah )yang dimanafaatkan.Kedua:Sadaqah jariah. Ketiga:Anak yang soleh)..Berusahalah lagi untuk menambah aset akhirat ini..

Saturday, September 5, 2009

Pulih potensi diri

Bismillah...
Allah menganugerahkan kita kesempatan Ramadhan kali ini,mungkinkah kita akan mencapai kejayaan atau bakal kecundang lagi..masing-masing sudah dapat mengagak sebenarnya berdasarkan prestasi awalan ramadhan kali ini,kalau masih tak boleh bangkit untuk qiam,tak boleh control selera ketika berbuka,tak melipatgandakan qiraat quran rasanya payah sikit...
Ramai orang tidak mampu bertahan untuk tarawih hingga 20 rakaat.(alasan mereka kononnya nabi tak buat lebih dari itu) tapi..kenapa tinggalkan witir?sedang nabi tak pernah tinggal witir..apa mungkin sebab sebenarnya adalah kerana mereka tak mampu mengharungi @ tak sedia memujahadahkan diri mereka?Tiada kemanisan di hati mereka ketika berdiri mengadap Allah..
Jauh beza kita dibandingkan "Assabiqul Awwalun",mereka boleh berdiri berapa lama pun dihadapan Allah,berapa rakaat sekalipun kerna Allah campakkan "Halawatul ibadah" dihati mereka sebagai hadiah diatas kesucian dan kejernihan hati mereka..Nah!!hati juga sebenarnya punca permasalahan kita..benarlah sabda nabi tentang peranan hati (yang disebut qalbu).
Rakan HPA yang dikasihi sekalian!!ambil lah perhatian sesungguh-sungguhnya untuk memulih kembali kejernihan hati ini agar kita tak sesal di kemudian hari,jauhkan sejauh-jauhnya diri dari terjerumus kelembah noda,fokus kita pada produk halal bukan semata-mata kerna komisen tapi kerana "mencari yang halal itu fardhu",mari gembelingkan tenaga kerana Allah untuk meningkatkan potensi produk halal ini demi menyelamatkan Ummah dan demi mengembalikan semula keghairahan dan kemanisan ibadah dihati Ummah..Ya Allah berkati dan berilah petunjuk kepada kami...

Monday, August 10, 2009

Identiti Sendiri

Bismillah...
Syaaban bakal berlalu pergi sedikit hari lagi..setiap jiwa yg mukmin mula terasa semangat Ramadhan menepa..Allah yang Maha Bijaksana menetapkan adanya bulan-bulan mulia untuk menjadi hadiah kepada hamba-hambanya yang dikasihi.
Kita berhenti sejenak "Waqfah Latifah" untuk menjiwai satu peristiwa dalam bulan syaaban ini..peristiwa yang disebut "Tahwil Qiblah" atau pertukaran arah kiblat.Pengajaran dari peristiwa ini yang penting untuk direnungi bersama.
1-Wala' dan thiqah yang tinggi kepada Rasul (Para sahabat tidak berfikir panjang untuk turut mengubah qiblat bilamana Rasul mengubahnya meskipun berlaku di tengah solat)-Bagaimana kita?Kadang terlalu banyak arahan Rasul yang kita terlebih dahulu mencari rasionalnya baru nak turut.
2-Pertukaran Qiblat ini satu isyarat tuhan kepada Ummah bahawa mereka seharusnya memiliki identiti sendiri yang lebih dibanggakan..Mengapa ada Ummah yang lebih berbangga dengan hak orang lain lebih dari apa yang ada pada Ummah ini..Ramai mana orang islam yang meneruskan pembelian di pasaraya,emporium,premis milik non muslim (Yang lebih menyayat hati milik Kuffar yang anti Islam) Banyak peniaga muslim terpaksa gulung tikar kerana sifat Ummah yang terlalu berkira pada perkara-perkara yang "sapret"..Tidakkah terasa bersalah?Yahudi mendominasi kewangan dan bisness dunia bukan kerana mereka handal tetapi kerana kita yangh mudah tertipu dan tiada kesedaran untuk mempertahankan identiti sendiri..
3-Rakan Hpa semua sewajarnya berbangga kerana Allah jodohkan kita kepada satu dunia @ alam tersendiri yang penuh harmoni..insya Allah tanpa dengki,busuk hati dan yang lebih utama Free Yahudi dan kuffar Laknatullah.
Ya Allah ilhamkan kepada kami bagaimana perlu kami buat untuk memikat hati-hati orang yang beriman agar bersama kami...

Tuesday, July 28, 2009

Jangan Leka

Bismillah..
Berlalu sudah himpunan tahunan HPA dengan merakam 1001 sejarah dan kenangan.Tahniah buat pejuang-pejuang IBHAM yang mula mengorak langkahlangkah kejayaan.Kejayaan kita bukan hanya untuk diri sendiri,malah untuk seluruh Ummah HPA di Dungun & Kemaman secara khususnya.(Anda adalah kebanggaan kita bersama)
Apa ertinya penganugerahan itu?Selain untuk merai kejayaan ianya jua adalah pemacu untuk kejayaan di masa akan datang dan semoga kejayaan di dunia ini tidak menafikan kejayaan kita di akhirat nanti.
Setahun mendatang seharusnya kita pergunakan sebaik mungkin untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang...Apa pangkat kita sekarang..seharusnya setahun mendatang pangkat itu beranjak sekurang-kurangnya PJ..
Insya Allah kita akan mengadakan perbincangan serius pelan Tindakan dalam sedikit masa lagi..Diharap anda semua tidak akan menguzur diri...

Friday, June 26, 2009

Tajir Al Amin ( 4 )

Bismillah...
"Duaat Multilevel" satu gelaran yang ana cuba perkenalkan buat semua.Apa ertinya yang dimaksudkan?
Kita semua tahu bahawa syarikat MLM terlalu banyak di dunia ini termasuklah yang dimiliki oleh bumiputra muslim.Bagi semua Jentera/tentera MLM menganggapkan bahawa masing-masing punya MLM adalah syar'ie dan tidak bercanggahan dengan syariah..tapi betul ke??
Aspek mana yang perlu diteropong untuk mem'promote'kan syariahnya MLM itu?
1-Pemiliknya (Bukan sahaja muslim tapi komited dengan islam secara menyeluruh)
2-Produk (Tiada syubhah dari segi bahan & pembuatannya)
3-Sistem @ pelan yang tidak menyentuh mana-mana larangan syariah
4-Hala-tuju perbelanjaan dari untung yang diperolehi syarikat mahupun individu itu sendiri.
Kita penggerak HPA tidak hanya boleh mendakwa kita sebagai syar'ie melainkan setelah kita benar benar yakin keempat-empat aspek tadi adalah menjadi suatu fokus serius oleh syarikat yang kita sayangi ini.
Sekiranya wujud sebarang persoalan yang bertujuan meragu-ragukan kita,seharusnya kita tidak boleh berdiam diri membiarkan keraguan itu terus bertapak di hati.Dapatkan penjelasan dan tolong bagi jawapan yang telus dan jujur kiranya kita berhadapan golongan berprasangka tinggi terhadap kita..Jangan menjawab atas fakta yang kita sendiri ragu kesahihannya.
Ingat ketika kita bertutur (semasa menaja rakan kongsi) bersama kita ada dua kiraaman katibiin yang telus,jujur dan berdisiplin tinggi terhadap perintah Allah.
Gimik yang palsu adalah satu dosa..kita tidak sanggup lagi menempah noda dalam MLM ini kerana kita sudah terbeban dengan dosa lain yang sudah menggunung tinggi banyaknya..

Sunday, June 14, 2009

Tajir Al Amin ( 3 )

Bismillah...
Apa yang di katakan Syukur lidah?apakah hanya kita ungkapkan lafaz Alhamdulillah dan beberapa lagi lafaz lain..Ya benar ungkapan tersebut adalah salah satu maksud yang dikatakan syukur lidah tapi belum cukup.
Antara anasir lain yang boleh melengkapkan lagi "Syukur lidah" ini ialah:
01-Berkata benar sekalipun pahit..(dalam keghairahan kita menonjolkan bisnes yang membanggakan ini, jangan sampai kita menafikan kebenaran orang lain..benar tetap benar dan tidak rugi kita mengakui kehaibatan orang lain kerna dalam waktu yang sama orang lain pun akan nampak kehaibatan kita.
02-Ajarkan dan latih lidah untuk hanya berkata-kata ketika perlu sahaja.(Diam itu satu ibadat).Sabda Nabi "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..hendaklah berkata baik atau diam sahaja (ketika tiada keperluan) ingat banyak orang ke neraka bahana lidah..
03-Setiap huruf dan kalimat Al Quran itu hendaklah pernah dilafazkan oleh lidah kita agar quran akan menjadi saksi dan memberi syafaat kepada kita di hari akhirat nanti..Bermula Al Fatihah dan berakhir surah An naas (keseluruhan 30 juzuk mesti dihabis dan diulang-ulang sebanyak yang sempat sepanjang hayat kita ini)
04-Jangan ajar walau sekali lidah kita mengguris perasaan orang lain kerna syarat utama keislaman kita adalah seperti dibayangi oleh nabi "Seorang muslim adalah orang yan menjaga lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain"
Payah sebenarnya untuk kita benar-benar melaksanakan Syukur lidah ini justeru baginda pernah mengatakan jaminannya barangsiapa mampu menjaga lidahnya akan dapat masuk syurga.