Tuesday, June 7, 2011

Berterus terang pembuka jalan

Bismillahirrahmanirrahim…

Memberi bimbingan kepada rangkaian memerlukan seni dan kemahiran,kerap kita dapati rungutan serta suara lesu dari seorang upline “Puas saya cokeh downline saya tu! Tak dok respon langsung…asyik-asyik dia kata “saya ni nak guna produk HPA je! Tak mboh niaga eih!”

Benarkah itu suara hati tajaan kita?atau sebenarnya kita tidak memiliki seni @ kemahiran untuk membisikkan harapan dan impian di hatinya?atau kita terlalu gelojoh mengasak fikirannya dengan berbagai maklumat yang ia mungkin belum bersedia menerimanya?

Kegagalan seorang upline dalam dunia MLM ini sebenarnya bukan sangat berpunca dari prospek @ mentee itu sendiri,tetapi kita harus meletakkan puncanya pada diri sendiri,apa yang Baginda sifatkan sebagai “Qillata Hiilati”semasa merayu kepada Allah ( dalam peristiwa hijrah baginda ke bumi Taif) perlu diberi pemerhatian yang tinggi.Baginda tidak menyalahkan penduduk Taif kerana menolak dakwah islam,tetapi Baginda merendahkan diri menyebut kepada Allah mungkin kerana kurangnya helah (kreativiti) Baginda dalam menyantuni penduduk Taif.Bahkan dalam doa Baginda menyebut “Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaum ku (jangan azabkan mereka) kerana sesungguhnya mereka sebenarnya tidak tahu…”

Tidak wajar kita memaksa prospek @ tajaan untuk jadi seperti yang kita gambarkan (jadi kaya,glamour dsbnya.)tetapi lebih baik kita bagi masa kepadanya untuk membayangkan keadaan dirinya sekarang dan apa akan terjadi kepadanya suatu hari nanti (jika dipanjangkan usia oleh Allah),mengajak ia berbicara tanpa membantah pada peringkat awalnya,member ruang untuk dia mengutarakan terlebih dahulu buah fikirannya.(jadilah sebagai seorang “good listener”)penghujung pertemuan barulah kita membuat konklusi kepada perbicaraan,melahirkan rasa kasih kita kepadanya..(Nabi menyarankan kita berterus terang,tapi kasih itu biarlah kerana Allah,bukan kerana lain).

Sekali pertemuan mungkin tidak cukup,kita hendaklah bersabar dan jangan gelojoh untuk membuat penyudah..”Scorer bolasepak yang handal tidak semestinya terus merembat bola ke tiang gol bila saja memperolehi bola,tapi dia kena menggelecak bola itu menghampiri tiang sehampir yang dapat baru menendang kearah tiang gol..”

No comments: