Monday, April 25, 2011

Membimbing suatu kewajipan

Membimbing (servis) suatu kewajipan

Bismillah arrahman arrahim

Teman sejati sekalian,6M merupakan rukun atau termasuk dalam roadmap untuk kita mencipta kejayaan dalam MLMS Hpa ini,siapa yang tidak mencaknai rukun ini hamper pasti akan gagal dan sudah pasti ia tidak akan menjadi pemain MLM yang tulin.

Satu daripada “M” itu ialah membimbing,siapa yang kita kena bimbing itu?Downline kita lah tentunya kan?jangan lah terhegeh-hegeh nak ngorat line orang pulak.

Bimbing ertinya berikan servis (dalam bahasa yang lebih sinonim kapada kita) kerja membimbing ini meliputi apa sahaja ikhtiar kita kepada downline itu sehingga ia berkeupayaan untuk mencipta sifat kendiri dan berjaya dalam dunia MLM yangf ia ceburi.Persoalannya benarkah “M” ini hanya sebagai satu rukun MLM semata-mata?atau lebih dari itu?

Ia boleh menjadi satu kewajipan (ertinya berdosa kalau tidak dibimbing)kalau dulu semasa kita tackle downline ajak masuk HPA,dengan seribu satu kata-kata dan janji manis yang kita cipta untuk mencuit perasaan dan memikat minatnya.Bayangkan bagaimana tingginya impian di hatinya untuk berjaya,nak capai satu sumber rezki yang halal,meyakinkan lagi lumayan (5 angka dan sebagainya) juga kita guna istilah “perjuangan” demi lebih meyakinkan dia,tahu-tahu kita tinggalkan dia selepas itu,janji kita sendiri dah dapat apa yang kita nak (ini lah yang dimaksudkan habis madu sepah dibuang).Berdosa kita kerana bermain dengan perasaan orang lain.

Sabda Nabi yang bermaksud :”Barangsiapa yang membantu melepaskan seorang mukmin yang lain daripada satu kesulitan dunia,nescaya Allah akan melepaskannya satu kesulitan dari kesulitan kesulitan akhirat…Subhanallah!!!

Ramai orang tidak sedar tradisi “3T” –(Taja taja tinggal) sudah mendarah daging dalam dunia MLM termasuk MLMS Hpa,Marilah kita kembali menyedari kesilapan ini dan bangkit semula dengan menghubungi semula tajaan-tajaan lama kita yang mungkin sentiasa terbuka hatinya untuk kita kembali menyapa impian dan cita-cita mereka.

Kita yakin demi mencapai kecemerlangan 2011 untuk mencapai 25 juta ini,jalan paling sesuai ialah dengan menghidupkan kembali ahli ahli yang lena dan terlena atau dilenakan,selama ini kita banyak hilang tenaga kerana sibuk mencetak kader-kader baru (yang belum tentu lebih baik daripada yang sedia ada) hingga melupakan atau terlupa pada asset kita yang sudah mencecah rarusan ribu orang jumlahnya.Janganlah hendaknya kita menjadi seperti pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”

No comments: